>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

21 April, 2011

Attitude Skills Knowledge

Sesuatu minat yang baru timbul itu adalah anugerah ilahi yang memberi ilham untuk memperkembangkan potensi diri.  Manakala sesuatu kemahiran yang dipupuk hasil daripada minat yang timbul perlu disertai dengan sikap yang positif dan pengetahuan dan maklumat yang sahih. 

18 April, 2011

Bagaimana melancarkan Tenaga Chi



           Tubuh manusia mempunyai 12 jaluran utama atau 'meridian' yang berfungsi seperti aliran sungai yang mengalirkan chi keseluruh badan.  8 Jaluran sampingan pula berfungsi untuk menyimpan dan mengawal tenaga dan fungsi umumnya nya pula adalah sebagai empangan tenaga.  Setiap jaluran bersambungan dengan satu organ khusus dan bersambungan kebahagian kaki atau tangan dan berakhir di hujung jari tangan dan kaki.  Tenaga yang mengalir sepanjang jaluran untuk memberi kesuburan dan kehidupan kepada organ berkenaan.  Antara setiap jaluran utama terdapat banyak saluran halus yang membentuk jaringan kepada jaluran utama dan membekalkan chi kepada kulit.  

         Apabila chi lemah, berlaku tenaga tidak mengalir atau tersekat disesuatu poin yang mana akan menyebabkankesihatan yang merosot dan lemah.  Pada ketika ini salah satu daripada tiga pilihan boleh diambil untuk menstabilkan keadaan.  
  1. Ahli akupuntur boleh mendiagnos masalah ini dan menyucuk jarum akupuntur pada poin tersebut untuk melancarkan semula aliran tenaga.  
  2. Ahli herba pula boleh merumus campuran khusus herba setelah diagnosis.  Ini dapat menyelaras semula aliran tenaga dalam organ dan memberi kesan kepada kelancaran aliran tenaga chi sepanjang jaluran.
  3. Cara ketiga adalah dengan menjalani satu daripada latihan martial art taichi, pa kua, hsing yi atau chi kung.  Kombinasi pergerakan, pernafasan dan relaksasi boleh mengembalikan tenaga kepada normal.
    Selain itu, amalan Senaman Chi amat ringkas dan berkesan.... sila baca di post Riadah Chi...









Pokok Herba Selasih

  
Menurut kamus Wikipedia, Pokok Selasih adalah sejenis pokok ulam saka yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Pokok Selasih berasal dari Negara India dan sekitarnya.   Nama saintifiknya Ocimum basilicum. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Antara khasiat selasih dapat dilihat melalui pautan berikut : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=27. Cara menanam boleh menggunakan biji benih. http://fazlisyam.com/2007/08/04/biji-benih-pokok-selasih/. Keunikan bunga selasih yang terdapat dalam jambak dihujung pucuk menjadikan tumbuhan herba ini dipilih menjadi nama blog penulis yang meminati produk kesihatan berasaskan nature.

15 April, 2011

Celik Akal



Sesuatu penemuan tentang diri yang baru timbul itu adalah anugerah Ilahi yang memberi ilham untuk anda memperkembangkan potensi diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com