>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

26 September, 2011

Amanat mantan KPPM dan mantan Pengarah IAB

Pada 20-22 September 2011 bertempat di Dewan Besar Institut Aminuddin Baki, telah berlangsung Persidangan Kebangsaan "Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia" Slot 21 September 2011, telah sempat saya ikuti.  Satu slot yang amat bermakna kerana dua tokoh hebat telah dijemput untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang, iaitu  Yg Bhg Tan Sri Dr. Wan Zahid bin Nordin (Mantan KPPM), dan Yg Bhg Dato' Dr Ibrahim bin Ahmad Bajunid (Mantan Pengarah IAB)
Amanat 1:
 
Tan Sri Dr Wan Zahid b Nordin  
  1. Pemimpin yang cemerlang adalah apabila dia berjaya membangun kapasiti lebih ramai pemimpin.  
  2. Sebagai Pengetua Cemerlang, one should be able to turn around the school in one year. contoh: En Baharom Kamari (PC SMK Sri Pantai).
  3. Bebaskan diri dari dijajahi, must be your own master.
  4. Kecemerlangan- hendaklah ada stamina untuk sense of commitment, sense of vision with pride.
  5. Believe in oneself.
  6. Kredibiliti adalah satu 'pemberontakan', setiap hari adalah hari profesional.
  7. Leader must be able to give space 'liberate people', jangan biakkan hamba- experiment everything except break the law.
  8. Leader is to give 'some space' to the subordinate to enhance their ideas and creativities. 
  9. Pemimpin tidak harus berasa tergugat. Leader yang 'cantas' orang bawahannya adalah gagal menjadi leader.
  10. Leader make 'no slaves'. Sometimes, we destroy values rather than create values
Amanat 2:

 
Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid
  • PC bukan keistimewaan tetapi 'tanggungjawab' dari segi perundangan terhadap subordinat.
  • Perkara-perkara remeh, terhimpun secara kumalatif membawa perubahan besar oleh teman profesional sebagai prasyarat untuk menjadi pemimpin yang berusaha dan baik
  1. Membuat perbandingan dan penanda arasan apa sahaja yang di buat- buat pada kadar luar dari kebiasaan dan stamina kita
  2. Bila ingin lakukan yang luar biasa, ada limitasi, tetapi perlu ada KOMITMEN-STAMINA-YAKIN/misi, contoh: Hasrat LUARBIASA KPPM 1970'an ;Menjelang 1990an semua guru ptut ada ijazah kedoktoran, limitasinya: pdgn ini tidak diterima... sehingga 2011 pun, masih ramai guru yang belum memiliki ijazah pertama.
  3. Satu contoh langkah luar biasa yang diambil oleh YAB PM, keputusan kerajaan meluluskan pembukaan IPTS adalah langkah positif kerana mengenjak ke arah hasrat 'Pusat Kecemerlangan Pendidikan sedunia', kerana Malaysia berada dalam seranai top 10 Universiti pilihan pelajar Luar Negara
  4. Faktor LUAR BIASA: masa-sumber-idea, Role Model yang baik:Edupreuners Dato' Theresa, Tan Sri Lim Kok Wing telah mengembangkan cawangan LKW ke 7 Negara dan 3 Benua.  Setiap pemimpin mempunyai hak untuk memilih:
  • Adakah saya sebagai Pemimpin menjadi PEMBINA atau pemusnah?
  • Adakah saya sebagai Pemimpin menjadi PENGIKTIRAF atau pengecam?
  • Adakah saya sebagai Pemimpin menjadi PENYELESAI MASALAH atau penimbul masalah?
  • Adakah saya sebagai Pemimpin menjadi PEMBERI atau peminta?
  • Adakah saya sebagai Pemimpin menjadi PEMBELAJAR atau tidak belajar
Tidak mengapa jika IDEA luar biasa, tidak diterima pakai hari ini, kerana tidak semua yang berlaku selari dengan apa yang kita fikir kerana 'Empire of the futures are the empires of the great minds' W. Churchill; 100 trilion sel otak berfikiran LUAR BIASA yang membatasinya:
BUDAYA-POLITIK-DIRI SENDIRI- MODEL YG SALAH- BISIKAN YANG MENYEMPITKAN FIKIRAN

Metafora untuk Pengetua Cemerlang ' MUTIARA DALAM GELORA", kerana jika PC dihantar ke sekolah yang prestasi rendah, adalah sebagai trouble shooter untuk melakukan uasha LUAR BIASA.....

0 comments:

Post a Comment

Leave a comment please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com