>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

11 September, 2011

Kasih....



1. Mak selalu cakap jangan nakal-nakal. Jangan jadi jahat, saat kita jadi jahat. Dia tak berdoa yang bukan-bukan untuk kita, tetapi dia berdoa yang terbaik untuk kita.

2. Masa kecik dulu dia tolong suapkan makanan untuk kita. kita ni perasan tak dalam sepuluh suap nasik yang dia bagi kat kita. Dia akan tersenyum gsaat anak dia makan dengan lahapnya.

3. Saat kita merengek meminta makan, mak kita mesti tak pernah cakap "Malas nak masak, suruh pak hang masak", sebaliknya dia akan cakap, "tunggu sekejap, nanti mak masak".

4. Si ibu tak pernah mengungkit saat dia terjaga pukul 3 pagi akibat kita menangis semasa kita masih bayi, sebaliknya dia hanya tersenyum bila kita tanya kat mak kita, "dulu orang masa kecik-kecik kuat rengek tak ?".

5. Saat kita mintak duit kat mak kita, kadang-kadang dia terpaksa bagi duit walaupon masa tu dia sangat perlukan duit yang kita nak guna tu. Padahal duit tu kita guna nak belanja kawan-kawan.

6. Si ibu tak pernah nak kecikkan hati kita, kerap kita dengar kat mulut dia kata-kata pujian berbanding makian.

7. Bila kita happy, kita dengan pasangan kita. Bila sedih mula nak cari mak sebab mak pandai pujuk kita.
8. Yang paling risau kat kita masa kita sakit mesti mak kita. Mak kita yang sapu asam jawa kat dahi, lap badan kita, duk buat sup masa demam sebab anak tak lalu makan. Setiap saat dia berjaga untuk kita.

9. Walaupun kita tak hensem, perut boroi, tak cantik. Mak kita tetap terima kita seadanya dan sayang kita lebih dari apa pun kat dunia ni. Awek kita pun tak sayang kita macam tu tahu !
*********************
Jangan sampai jadi pengulangan kisah alqamah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com