Perjalananku bermula seawal jam 4 pagi 5/11/10, ke Kelana Jaya. Selesai pendaftaran, check-in dan urusan timbangsukat serta taklimat, bermulalah musafir 10 buah bas diiringi polis trafik ke KLIA. Jam 7.05am pesawat MAS berlepas membawa 400 Jemaah termasuk kami berdua dan TPP Dr Hj Razali suami isteri. Kami semua telah siap berpakaian ihram.
Perjalanan KL-Jeddah mengambil masa 8 jam. Sesi berkenalan dengan rakan bersebelahan tempat duduk berterusan sehingga jam 4.30petang waktu Jeddah. Menunggu untuk urusan imigresen dan penyerahan jemaah kepada pihak muasassah mengambil masa 6jam, baru kami dibawa ke Kota Suci Makkah tulmukarammah. Tepat jam 12 tengahmalam 6/11/10 kami selamat berada dalam bilik di Hotel Abraj Janadriah iaitu Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah.
Rakan sebilik berenam, Nenek Ramlah (Tg Lumpur), Asnida (Kuantan, Petronas Acc Exec), Nur Sakinah Kay (S Alam), Noraini (Pontian, IPGBA), Rusila (BP, SMK DTHO), and myself. Hubby's r mate Ust Sarafi, Nor Hisham, Kasah and myhubby.
Hari pertama, kami menunaikan tawaf dan saie umrah (haji Tamathu'), sekembali semula ke tempat penginapan, setelah selesai solat Zuhor, tersesat jalan..... Berastaghfar, mohon diampun dosa... sehingga ternampak 'gemilang travel hotel', baru dibuka penglihatan ke arah tpt penginapan.
All went on smoothly, the big day approaching, 8th Zulhijjah bertolak ke Arafah jam 3.00pm untuk wukuf. Doa dan bermunajat serta memohon keampunan kerana di sinilah tempat pertemuan semula ayah Adam dan Ummi Hawa setelah bertahun2 terpisah kerana kemurkaan Allah dan dikeluarkan dari Syurga. Diikuti dengan mabit di Muzdalifah dan Melontar di Mina. Dugaan yang maha hebat dari segi jati diri dan masing2 terkeluar sifat dan kerakusan sebenar masing2.
Klimaksnya turun hujan selebat-lebat ada, Aku kehujanan. Dan sekembali ke Makkah, demam, batuk 3 minggu sehingga sakit diafragma dan 4X antibiotik. Dugaan Allah. nak menyempurnakan rukun Haji pun tertangguh, tawaf.. tak larat terus Saie, esoknya baru disempurnakan. Umrah tak dapat buat banyak kali sebab tak sihat. Alhamdulillah.
Menunggu bas untuk keberangkatan ke Madinatul Munawarah selama 6 jam. Pasrah dan redha, driver pulak memandu sangat slow dan off pendingin hawa, ada hikmahnya, sesampai di Holiday Villa Hotel di Madinah setelah menempuh perjalanan 7.5jam, hampir masuk waktu subuh, terus ke Masjid Nabawi untuk solat subuh. Kebetulan selesai solat subuh, ada ziarah ke Makam nabi SAW, settle balik bilik semula jam 11.00 pagi.
Ziarah Makam di Baqi', Masjid Quba', Qiblatain, Tujuh, Kebun Kurma, University of Madina, Pasar Kurma. Paling takjub, suatu pagi di hadapan Babusalam Masjid Nabawi aku menyaksikan kebesaran Allah, di dada langit tertera kumpulan awan membentuk Kalimah Allah, tertera di atas.
Subhanallah. Alhamdulillah, serulah aku lagi sebagai tetamu Mu Ya Allah, AMEEN.
MY MOOD'S NOTE
-
Choose your mood now! ^_^ big head onion on da house! enjoy! ^_^
choose your mood > copy code widget > paste it on your html > type your
text > save
Poverty in America - 46M people (2011)
-
I would like to dedicate this page on the rising number of poor in what we
call the super power nation. And among this poor there are also a number
of the...
Belajar Blog
-
2011, 4 Mei
9.00 pm.. Semangat nak belajar blog terus membara. Cuba kemaskini blog yang
dibina siang tadi. ... rupanya banyak yang tak tahu... terpaksa mint...
tart nanas mummy
-
umi dah lama tak buat biskut...rasanya dah 3 kali raya umi beli segera
je...huhuhu...rindu nak makan tart nanas umi yang memang special
sangat...buat meman...
Korea Oh Winter Sonata.....
-
Salam untuk semua.
Annyonghaseyo, gamsahamnida, olmaeyo, gakkajuseyo....
Begitulah antara kata-kata ataupun perkataan yang sempat saya pelajari
ketika ber...
Sometimes, I need some space to let out some of the pent up emotions or just to share something that comes across my mind. Here I am.....Rakan-rakan, handai dan taulan,
Saat manis tika helaan nafas masih hangat ku rasakan,
Setulus jiwa ingin ku kongsikan,
Bait madah penenang jiwalara sekadar peringatan, insya Allah