>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

31 October, 2011

Miss U like crazy...





25 October, 2011

Sultan Hassanal Bolkiah bertitah....

Selaku Pemimpin sebuah negara islam, Yang Berbahagia Sultan Hasanal Bolkiah menitahkan........ mengingatkan kepada rakyat jelata....
Moga kita semua dapat mengambil iktibar.....
(Ehsan: Tinta Kehidupan)

20 October, 2011

Penyembuhan pintar

Cara Kerja Penyembuhan Pintar:

  1. Membentuk tanggapan - mengubati penyakit hati, 
  2.  Allah adalah tuhan sekelian alam dan Ia melebihi segala sesuatu, serta Ia mencipta dan mengatur sistem, Quran sebagai panduan hidup, Manusia adalah khalifah / wakil Tuhan di muka bumi, penyakit/rasa sakit dan kesihatan dlm kekuasaan Allah, Allah mendatangkan dan menghilangkan penyakit, Allah memberi rezeki termsuk kesihatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Nabi menonjolkan cara hidup sihat dan memerintahkan kita supaya berubat bila sakit, dan Memupuk nafs al-muthmainah agar selamat dunia dan akhirat. 
  3. Memiliki paradigma _ Menjadi sihat itu mudah, murah, semua t/laku kita menyihatkan, penyakit dapat dicegah, penyembuhan tidak mestinya tindakan luaran malah kadangkala ubat tidak diperlukan,kita dapat memgubati diri sendiri menurut cara yang mudah dan murah.
Pelajari Kaedah Penyembuhan Pintar: Aspek yang perlu diberi perhatian:

  1. Menjaga pemakanan. 
  2. Mengoptimumkan ibadah.
  3. Berdoa.
  4. Menfaatkan ubat yang diambil daripada ramuan Nabi. 
  5. Menambahbaik persekitaran. 
  6. Menyusun langkah bagi penyembuhan pesakit.
  7. Menyusun langkah bagi meningkatkan kualiti hidup (termasuklah program pencegahan dan pemyembuhan penuaan sebelum masa dan penyakit degeneratif),
  8. Menyempurnakan kesejahteraan hidup dalam konteks yang lebih luas bagi mencapai kebahagiaan sejati.

18 October, 2011

SAMBAL HITAM




Ingin sekali lagi saya berkongsi resepi yang Ustaz Kamal Arifin selalu buat dan kami rajin mencuba iaitu 'Sambal Hitam' .Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka. Dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Sambal hitam ini sedap dimakan bersama nasi panas. dan sebagai perasa tambahan bagi mee, roti sandwich dll. 

Bahan-bahan 
1 Kg Belimbing buluh (hijau)
1 Kg ikan bilis dibelah buang tulang- dikisar

600 g bawang merah - dikisar

500g cili padi - dikisar
sedikit minyak masak 
sedikit garam 

Cara-cara 

  1. Belimbing bulu direbus tanpa air sehingga hitam (bila air semua telah keluar- diasingkan air dan rebus belimbing hingga hitam), di kisar hancur
  2. Panaskan minyak tumis cili api dan bawang hingga masak betul
  3. Masukkan ikan  bilis dan belimbing
  4. Gaul sentiasa, sehingga hitam, rasa garam secukup rasa.
  5. Siap untuk dimakan.



16 October, 2011

Emosi

Apabila pihak klinik menelefon untuk saya pergi ambil sampel darah semula kerana dikatakan aras T4 hormon thyroxine, saya melebihi normal, saya mula buat refleksi semula tentang komen anak saya terhadap gelagat dan emosi saya sejak kebelakangan ini. Risau juga, kerana apabila saya teliti, komen peserta kursus yang telah attend kuliah saya sekurang-kurangnya seorang mesti ada kata, pensyarah perlu mengawal emosi....

Subhanallah....   tidak saya sengajakan menjadi terlalu emosional... atau jadi cepat marah ke...  Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon berbanyak maaf kepada peserta kursus yang telah mengikuti kuliah saya sejak kebelakangan ini, begitu juga dengan rakan sejawat dan sahabat handai serta ahli keluarga tersayang, jika ada tutur kata saya yang menyinggung perasan anda sekelian...   Ketidak stabilan hormon T4, Thyroxine atau lebihan hormon ini menyebabkan :
  • Being restless, nervous, emotional, irritable, sleeping poorly and 'always on the go'.
  • Tremor of your hands.
  • Losing weight despite an increased appetite.
  • Palpitations.
  • Sweating, a dislike of heat and an increased thirst.
  • Diarrhoea or needing to go to the toilet to pass faeces more often than normal.
  • Shortness of breath.
  • Skin problems such as hair thinning and itch.
  • Menstrual changes - your periods may become very light or infrequent.
  • Tiredness and muscle weakness may be a feature.
  • A swelling of your thyroid gland (goitre) in the neck may occur.
  • Eye problems if you have Graves' disease.

11 October, 2011

Di celah-celah kehidupan

Kehidupan bermasyarakat, kadang kala timbul pelbagai persoalan yang hanya boleh dirungkai oleh individu yang terlibat.  Bagaimanapun, barang perlu diingat setiap tindak tanduk kita janganlah melampaui batas sehingga mengganggu gugat ketenteraman dan privasi orang lain.  Pendek kata perlu respek orang lain.  Sedangkan Air laut yang masin masih respek air sungai yang tawar di muara sungai......
Allah telah menjadikan fenomena di alam semesta ini untuk diambil iktibar....


Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman:


Mafhumnya:
~Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19)
~Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20)

10 October, 2011

Wahai warga pendidik

Ketahuilah akta pendidikan kita.....



07 October, 2011

Rayuan mendayu doa kepada Yang Maha Esa

Moga sama-sama kita membetulkan dan melunakkan bacaan doa kita....


06 October, 2011

Soal hati

JARAK ANTARA 2 HATI?

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
  
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?




Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

~ ♥ ~Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih–lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita



02 October, 2011

Antara 2 Sujud

Setiap detik titipkan doa untuk kesejahteraan diri kepda yang MAHA ESA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like