>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

27 December, 2011

'Banana Button' di Kota London...




Suatu ketika kami sekeluarga pergi bercuti ke London, mencari restoran masakan Malaysia.  Jumpa nama restoran "MAKAN"... apa lagi kami pun makan nasi campur, macam dah tak jumpa nasi setahun. Lauk yang paling ku ingat ialah pucuk manis masak lemak campur keledek...   dah jauh dari perdu, sedap sungguh.  Bila nak cari kuih pencuci mulut, ada dalam talam berlabel  'Banana button'.  Aku bertanya, kuih apa (dalam fikiranku nampaknya macam jemput-jemput je?'  Oh tu jemput-jemput pisang kak....  Hmm... sampai sekarang kami pasti tergelak ingat jemput-jemput pisang, ingat banana button....

23 December, 2011

PAIS IKAN PATIN TEMPOYAK

Saya ingin mengabadikan perkongsian resepi daripada Ustaz Kamal Arifin, anak Jati Pahang
Foto: Ihsan dari kondakondi.com


Bahan-bahan:

  1. Ikan patin/lain-lain jenis ikan pun boleh
  2. Tempoyak, cili padi, bawang merah,  Kunyit hidup
  3. Petai,  bunga kantan , Daun kesom,  daun kaduk
  4. Daun kunyit
  5. Daun pisang / Aluminium foil

Cara penyediaan:

  1. Bahan #1 dibersihkan
  2. Bahan #2 ditumbuk, rasa garamnya
  3. Bahan #3 diracik
  4. Gaul semua, sumbat dalam berut dan dilumur ke badan ikan
  5. Balut dengan daun kunyit, perap
  6. Balut dengan daun pisang/ aluminium foil
  7. Bakar

12 December, 2011

Suatu ketika di Seri Cempaka Service Suites, KL

Resipi Kak Wan: Menurut Kak Wan resepi ini telah dicuba, bagi menurunkan aras kolesterol jahat dalam saluran darah kita.  Caranya ialah


100 ml air halia (dpd sejambak halia remaja) + 100 ml air bawang putih ( dpd  9 ulas = 1 labu bp)+100 ml jus lemon (dpd 8 butir)+
100 ml Organic Apple Cider


Kesemua jus dicampurkan dan dijerang atas api yang perlahan, sehingga jus tinggal 300 ml dan sejukkan. simpan dalam petisejuk dan diminum sebanyak 1-2 sudu teh setiap pagi satu jam sebelum bersarapan, jika tidak tahan dengan kepedarannya, campurkan dengan sedikit madu... selamat mencuba

11 December, 2011

Gestures...

Specially dedicated to those, who is in the process of appreciating others...

09 December, 2011


CARING...

KISAH BENAR

05 December, 2011

Ikhtiar hidup, pantang menyerah

Mensyukuri nikmat kurniaan Allah..... 



Moga menjadi iktibar dan muhasabah diri kita bersama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like