>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

18 October, 2011

SAMBAL HITAM




Ingin sekali lagi saya berkongsi resepi yang Ustaz Kamal Arifin selalu buat dan kami rajin mencuba iaitu 'Sambal Hitam' .Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka. Dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Sambal hitam ini sedap dimakan bersama nasi panas. dan sebagai perasa tambahan bagi mee, roti sandwich dll. 

Bahan-bahan 
1 Kg Belimbing buluh (hijau)
1 Kg ikan bilis dibelah buang tulang- dikisar

600 g bawang merah - dikisar

500g cili padi - dikisar
sedikit minyak masak 
sedikit garam 

Cara-cara 

  1. Belimbing bulu direbus tanpa air sehingga hitam (bila air semua telah keluar- diasingkan air dan rebus belimbing hingga hitam), di kisar hancur
  2. Panaskan minyak tumis cili api dan bawang hingga masak betul
  3. Masukkan ikan  bilis dan belimbing
  4. Gaul sentiasa, sehingga hitam, rasa garam secukup rasa.
  5. Siap untuk dimakan.



0 comments:

Post a Comment

Leave a comment please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like