>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

10 January, 2015

Dugaan Allah...


Setiap makhluk Allah akan diuji dengan segala bentuk dugaan. Aku tidak terkecuali. Namun aku pasrah, rasa bersyukur kerana terpilih. Ujian ini membongkar banyak hikmah yang hanya Allah maha mangetahui.  Berikut adalah nukilan secara ringkas rentetan dugaan yang telah aku alami. 


Ogos 2013
Sekembalinya aku dari Manchester selepas Majlis konvo anak, 15 Ogos 2013, aku disahkan mengidap alahan terhadap ubat 'allupurinol' selepas 3 minggu memakannya.  Simptom awal badan rasa sangat lemah tidak bermaya sehinggakan rakan sepejabat & serumah, Dr Akma  menelefon anak aku untuk mengambil aku balik. Aku dibawa ke hospital dan ditahan dalam wad oleh Dr. Aza Pakar Dermatologi Hospital Sg Buloh.  Dari lemah badan kepada tanda bintik merah seluruh badan dan kulit mengelupas sehingga ke kulit kepala pun mengelupas.



Sakitnya Allah aje yang tahu.  Dalam masa yang sama alahan itu menyebabkan seluruh sistem badan jadi haywire, tekanan darah tak menentu, kadar gula dalam darah tak stabil sehingga Dr suruh aku cucuk insulin setiap hari, sehinggakan aku selalu mengalami hypoglycemia.

September 2013
Kesan alahan ubat belum begitu pulih, datang pula sakit di sendi kanan pinggul yang sejak awal tahun 2013 aku hidapi sekali sekala, makin terasa berlarutan serta melarat dikedua-dua belah sendi pinggul, sehingga aku tidak mampu berjalan (Sedikit pergerakan amat sakit apatah lagi nak berjalan). Semasa review dengan Dr Aza aku memaklumkan rasa sakit tersebut, dia menyuruh aku pergi x-ray dan merujuk kes aku kepada Pakar Ortopedik.  Kali petama ke Unit Ortopedik Dr Shafik review x-ray dan menunjukkan kepadaku keadaan sendi  kedua-dua pinggul yang semakin haus. Dia  mmengandaikan aku mengalami 'ghouty osteo-artritis'.



Dia merujuk aku untuk buat fisioterapi. Namun sakit tidak berkurangan malah semakin teruk, aku kembali ke ortopedik kerana langsung tak boleh berjalan, sakit yang amat. Aku serta merta dimasukan kedalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Konsultan yang merawat aku ialah Mr Siva Thiagarajoo.  Dalam masa yang sama aku kehilangan selera makan, dek kerana sakit yang amat hanya Allah sahaja yang tahu. Ofis memang dah tak boleh pergi, review demi review dan setiap kali mc diberi.

Oktober 2013
Pagi Raya Haji, selasa 15 Oktober 2013 aku mengalami hypoglycemia yang teruk sehingga anak panggil ambulans dan aku dirujuk ke unit kecemasan dan dimasukkan ke dalam wad ortopedik. Aku dirawat dan Mr Siva menyarankan untuk pemeriksaan x-ray dan MRI.  MRI dan x-ray menunjukkan kesan pada sendi makin teruk, salur darah ke sendi mati dan bekalan oksigen ke sendi tiada menyebabkan tulang di situ dijangkiti kuman. Mr Siva  memberi aku 3 pilihan yang mana aku sendiri memilih untuk membuat THR*, (Total Hip Replacement) untuk kedua-dua sendi pinggul.


(*Kos rawatan: sebelah RM 12,500.00 X 2sendi pinggul= RM25,000.00, aku mohon bantuan JPA dan LO telah diluluskan: T kasih Pn Aisyah, En Azhari dan Pengarah IAB dan Kerajaan Malaysia kerana mempermudahkan urusan THR ini)

November 2013
Sebelum itu dia merujuk aku kepada Pakar Rheumotologi di Hsp Selayang, untuk mendapatkan second opinion berkaitan sakit sendi ini.  Semasa nak ke Hsp Selayang, keadaan sakit yang aku alami amat kritikal, sehingga Dr pakar Hsp Selayang telah tahan aku di wad untuk mengurus kesakitan selama lebih dari sebulan.  Di hospital Selayang aku banyak mengalami gangguan trauma sehingga seminggu aku koma*. Menurut suami tekanan darah dan segala sistem badan haywire aras tekanan darah, gula darah, pendarahan dalam najis dan segala macam ujian diagnostik dibuat sehinggakan tujuan asal Mr Siva merujuk aku ke Hsp Selayang tidak mendapat sebarang jawapan dari pakar rheumatologi. Keluar wad Dis 2013, bila pain team selayang telah menemui pain killer pada dose yang serasi denganku.
(*sepanjang aku koma, aku mengalami mimpi yang menyerupai gangguan syaitan sepertimana yang dialami orang ketika nazak.  Dalam gangguan itu aku bertemu dengan ahli keluarga yang paling ku sayang, rakan ustaz dan ustazah yang semuanya mengajak aku untuk menganuti ajaran yang bertentangan islam! Memang mengerikan dan apabila akut tersedar dari lena yang panjang itu aku amat bersyukur kerana masih berpeluang bertaubat dan membetulkan jalan yang aku pilih)

Disember 2013
Balik ke rumah dengan segala macam trauma.  Yang baiknya tekanan darah kembali normal, gula dalam darah tiada sehingga Dr larang aku mengambil insulin. Kembali semula keHSB untuk mendapatkan tarikh pembedahan THR, Mr Siva memaklumkan Dewan Bedah HSB terbakar maka aku dalam waiting list.  Namun aku dapati ada pembengkakan di sendi kanan belakang punggung yang aku jangka akibat sakit sendi yang aku alami, sejak 2-3 bulan kebelakangan.

Hal ini aku rujuk kepada Mr Siva semasa review dengannya. Serta merta beliau meminta aku membuat scan yang mana dia mengandaikan bengkak itu adalah kerana bisul. jika scan menunjukkan bisul itu kecil beliau boleh memberikan antibiotik kepadaku, namun keputusan scan mendapati bisul tu besar dan terpaksa dibedah.


Januari 2014
 Sekali lagi aku dimasukkan ke dalam wad, untuk dibedah membuang bisul. dan Mr Siva sendiri melakukan sebagai persiapan agar tidak menganggu THR kemudian.  Hasil ujian klinikal bisul didapati mengandungi kuman salmonella.
  
Luka bedah dibiarkan tidak berjahit untuk tujuan boleh dibasmi kuman dan mengelak pengumpulan nanah jika ada kemudian.

  Luka bedah bisul perlu dicuci setiap hari diklinik.  Bayangkan betapa seksa setiap hari turun naik kereta ke klinik dgn wheel chair dan dicuci dengan bonus sakit sendi punggung pula.  

(23April 2014-  Kelahiran cucu pertama bak peniup semangat untuk tidak berputus asa dengan dugaan ini)

Mei 2014
Selang 3-4 bulan luka sembuh sepenuhnya.  Disamping membuat dressing setiap hari aku juga juga perlu makan antibiotik yang dibekalkan.  


Jun 2014
Selepas 6 minggu berhenti antibiotik baru doktor sediakan aku untuk pembedahan THR. Namun aku mengalami flu dan perlu mengambil antibiotik.   Akhirnya tarikh pembedahan didapati.  

Ogos 2014
Beberapa minggu sebelum tarikh operation THR aku dikehendaki jumpa pakar bius untuk menyesuaikan jenis bius semasa pembedahan nanti.  Aku kena pastikan keadaan kesihatan betul-betul tip top. Aku juga dikehendaki membuat ujian ECG serta sampel darah disamping x-ray.

September 2014
 Sehari sebelum tarikh operation aku kena masuk wad untuk persediaan.  Operation sendi pinggul sebelah kiri di buat dahulu.


18/9/2014, Proses pembedahan bermula dengan berpuasa sejak jam 10.00 malam, esok pagi 7.30 pagi katil aku ditolak ke dewan bedah dan bermula jam 8.00 hingga jam 2.00petang aku ditolak balik ke wad. Sedikit kesan pembedahan, aku mengalami loya dan muntah. Bila kesan ubat pelali hilang mula sakit yang teramat.  Aku juga mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa dibantu dengan pemindahan darah.  Sebanyak 4 beg darah telah dimasukkan kedalam badanku.  Mr Siva telah menghantar sampel swab di sendi yang dibuang ke makmal untuk mengetahui punca kerosakan dan didapati ianya telah dijangkiti kuman.  Selepas pembedahan kali ini selain kena cuci luka pembedahan sepanjang 16 cm dengan stapler setiap hari di klinik berhampiran aku juga telah diberi beberapa jenis antibiotik.  Aku juga tidak dibenarkan memijak kaki kiri kerana ada retak ditulang yang dibedah.

Sendi baru yang telah di implan di bahagian kiri
Disember 2014
Sehingga 23/12/2014 review dengan Mr Siva menunjukkan kandungan sampel darah masih tinggi aras CRP (kuman) bermakna belum boleh untuk pembedahan sebelah kanan.  Jika diteruskan juga mungkin ada komplikasi jangkitan kuman pula. Dalam masa itu aku dibenarkan pijak kaki kiri dan boleh latih berjalan menggunakan tongkat.  Bagaimanapun dia tidak merujuk aku kepada fisioterapist kerana sendi kanan yang masih belum dibedah dan sendi kanan juga yang lebih teruk keadaannya.

Dalam pada itu aku juga perlu menjaga beberapa pantang larang yang perlu diingati untuk mengelak komplikasi dan menjaga sendi baharu agar berfungsi baik, antaranya...
------>; 1.
 
------->; 2.


-------> 3.

------> 4. 

-------> 5.

--------> 6.

-------> 7.

--------> 8. 

---------> 9. 

---------> 10.

--------> 11.
JANGAN SESEKALI JATUH!!!



 Next review 20/1/2015 akan dirujuk dengan Dr pakar yang baru kerana Mr Siva telah diarahkan bertugas di HKL pula. Beliau memaklumkan kepadaku aku akan dirujuk kepada pakar lain yang lebih senior Mr Gurjit Singh. Moga Allah permudahkan urusan ini, untuk mendapatkan tarikh pembedahan sebelah kanan pula.  Sehingga hari ini 10/1/2015 aku masih diberi cuti sakit.  Aku risau penyakit ku ini menjejaskan pretasi kerjayaku sebagai seorang pensyarah kanan di KPM.

Sejak Ogos 2013- Ogos 2014 aku kehilangan berat badan sebanyak 30kg sehingga berlaku kemerosotan pada tisu otot, rambut gugur hingga botak, namun kini dah mula pulih dan berselera kembali.

Before:Julai 2013- Evening oxygen @ Amsterdam
After: Jun 2014-Delicious @ Setia Alam


Januari 2015

Review dengan Mr Gurjit Singh al Gurdial Singh (perunding baru yang menggantikan Mr Siva), telah menetapkan tarikh pembedahan THR untuk sendi kanan yang lebih acute pada 5/2/2015 (Khamis). 2 hari sebelum itu saya dikehendaki masuk wad 5D.  Namun 23/1/2015 ini ada beberapa ujian pre-ops yang saya dikehendaki buat: Blood test, ECG dan X Ray sebelum appointment dengan Pakar Bius pada 29/1/2015.  Moga segalanya berjalan lancar. Dalam pada itu aku cuba untuk memohon untuk mendapatkan kad oku. Mr Gurjit terus membuat sokongan dan mengisi catatan doktor pakar. Kad diperolehi 23 Mac 2015, alhamdulillah.

Febuari 2015

3/2/2015 aku ditempatkan diwad 5D bilik 9. 2 rakan sekelas masa form 3 STM dulu sudi ziarah, Habibah Salleh dan Kamariah Abu Bakar serta Noraini Nahrawi. Terima kasih banyak-banyak. 5/2/2015 seawal jam 6.30pagi BP Check up menunjukkan bacaan tinggi, diberi pil utk menurunkan tekanan darah. Jam 7.30 setelah siap memakai gaun bilik bedah, katil aku ditolak masuk bilik bedah. Sementara menunggu Pakar bius (hansome) jumpa aku, tenangkan aku, dan jam 8.00pagi prosedur dimulai dgn epidural untuk bius separuh badan, 2 kali cucuk  di sendi tulang belakang kerana kali pertama pakar bius tercucuk vesel darah.  Sepanjang prosedur aku berjaga boleh dengar surgeon menggergaji tulang kepala paha kanan aku. setelah siap aku minta kepada Mr Gurjit untuk membawa balik kepala paha yang dibuang (namun menurut beliau tak boleh kerana tulang tu dah hancur).  sepanjang dalam bilik bedah sebanyak 2 beg darah di masukkan dalam badan ku kerana tiba-tiba BP aku drop. Pembedahan selesai jam 3.00 petang dan aku ditolak ke bilik x ray sebelum dibawak masuk wad.  Pemerhatian di wad dibuat selama 4 hari. Discharge dari wad pada 9/2/2015. 

Komplikasi yang aku hadapi selepas pembedahan kali ini adalah, kesakitan, kebas, bisa dan sesekali seperti terkena renjatan elektrik dibahagian sendi pinggul kanan hingga kehujung jari kaki kanan . Allahuakbar... derita sakit ni lebih teruk berbanding sebelum dibedah.  Menurut Mr Gurjit, kemungkinan sistem saraf saya yang agak kucar kacir lambat pulih. Namun selepas 5 minggu pembedahan sakit agak berkurangan setelah diberikan vitamin urat saraf dan pain killer.  Luka pembedahan telah sembuh sepenuhnya, alhamdulillah, cuma kesakitan ini masih ada...Setakat  ini MC berterusan sehingga Mei 2015

Mei 2015
Selepas 3 bulan dibedah sendi pinggul kanan baru Dr Pakar izinkan aku untuk memijak kaki kanan, dan meletakkan berat di kaki kanan. Selain rawatan fisioterapi setiap 2 minggu sekali. MC diteruskan sehingga lagi 3 bulan lagi, 18.8.2015.

Pada 28 Mei 2015 Jam 8 pagi, aku dihadap kepersidangan Lembaga Perubatan atas permintaan majikan bertempat di Bilik Seminar 2, Tingkat 1 pusat Rawatan Harian, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Pihak Majikan juga dipanggil. Keputusan tidak menyebelah pihak aku nampaknya... cuma dikatakan proses pemulihan kesan pembedahan yang sangat lambat.

Jun
Sejak dibenarkan memijak dgn kedua2 belah kaki, barulah fisioterapis berani mengaplikasi protokol seterusnya, balancing atas foam, berjalan di antara 2 bar. Berjalan juga dengan menggunakan walking frame. 18 Jun  Sebelum raya 17 Julai 2015, majikan menelefon setelah mendapat laporan dari persidangan lembaga perubatan tempohari, yang keputusan lembaga berdasarkan pengalaman perubatan bahawa aku boleh kembali bekerja seperti biasa cuma proses pemulihan agak lambat. Amat berterima kasih kepada pihak majikan, Kem Pend Malaysia,  dan khususnya pihak pengurusan IAB memberikan sokongan positif dan sedia bekerjasama untuk membenarkan aku diberi kerja ringan, sekembali aku bertugas semula nanti.

18 Ogos 2015- review dgn Pakar Ortopedik Mr Gurjit Singh
Kali pertama datang untuk review menggunakan walking frame. Pakar ortopedik mengarahkan aku untuk membuat x-ray di unit pengimejan, dan beliau berpuas hati dengan paparan imej sendi kanan pinggul diskrin. Tetapi beliau mengatakan aku belum lagi begitu pulih untuk kembali bekerja, cuti sakit disambung lagi dari 19 Ogos 2015 hingga 20 Oktober 2015, untuk next review. Dalam pada itu, fisioterapi diteruskan seperti biasa di pusat rehabilitasi Hospital sg buloh.

1 Oktober 2015 - Aku pergi ke IAB, berjumpa dengan Pengarah berbincang hal persaraan awal
Setelah dua tahun 1 bulan, aku tidak pergi bekerja dengan mc kerajaan, darjah kebimbangan amat tinggi bimbang penderitaan sakit ini akan menjejaskan kerjaya. Maka saya membuat keputusan untuk bersara awal. Pergi ke IAB, press biometrik, (konon cuba lapor diri untuk bertugas) sensor pun dah tak kenal ibu jari saya.Minta borang persaraan daripada Pn Fairose, sehari suntuk mengisi borang dan terus submit, aku memilih untuk bersara mulai 1 Disember 2015. Akhirnya dengan rasminya ranjau duri dan kenangan manis sebagai penjawat awam tamat.  Pihak IAB telah membuat majlis meraikan persaraan aku bersama 4 orang lagi rakan sejawat. Video montaj persaraan aku ada aku upload di blog jabatan aku, di mana aku adalah adminnya.... 

** (akan update perkembangan terbaru kemudian, doakan saya) 


23 January, 2013

Salam MaulidurRasul 1434H

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434 HIJRIAH

15 November, 2012

Secret Powers of time


11 November, 2012

Pre wedding movie,

My daughter's pre-wedding movie. Special credit to Liyana with love....

16 October, 2012

Stay Healthy.....



Refleksi Modul NPQEL 15-18/10/2012 @ MS Garden Hotel, Kuantan... Fasa 3 : Komponen Kaunseling, f2f sahaja, tiada exam, tiada e-learning menurut Dr. Sharifah Sebran Jamilla

Semalam saya pergi ke Berjaya Megamall Kuantan, bersebelahan MS Garden Hotel, melihat-lihat dan menonton "Aku terima nikahnya"..... orait, curi masa 1.5 jam je. yang signifikannya banyak scene untuk hero n heroin dan lokasi di kolam renang..
....."Kalaulah kau dapat rasa apa yang aku rasa....."

13 August, 2012

SPEED TRAP, HATI-HATI...


Selamat Hari Raya....
Balik Kampung tercinta....
Kelajuan memandu selalu waspada....
Speed trap ada dimana-mana

Wow!, Canggih, New version of speed trap cams....


Inilah PERANGKAP LAJU terbaru yg dipasang di besi penghadang jalan di lebuhraya. Ianya diletakkan kamera perangkap laju tersembunyi..sila SHARE.

Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


### PLUS Arah Utara
■Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

### PLUS Arah Selatan


■Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

### Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
■On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

### Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
■Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

### NKVE Arah Timur/Utara
■300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

### NKVE Arah Barat/Selatan

■Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■Below railway bridge at 11.2km
■Under the bridge at Shah Alam junction.

### Lebuhraya Kesas Timur
■Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■Kesas West Bound
■At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
■Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesa – Klang
■Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

### Leburaya Pantai Timur

■East bound, downhill run after Raub junction.
■Maran, 60km/h zone.
■Paya Bungor, 70km/h zone.

### Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
■Tangkak junction.
■Under the bridge after Yong Peng
■North junction at 97.3km.
■Ayer Hitam junction.
■Sedenak junction.

### Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■Before Perwaja Steel.
■Sg Petani junction.
■Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

### Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
■Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

### Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
■Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
■Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■Under the bridge at 352.6km, after Sungkai
Junction.
■Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

### Kawasan Perak Arah Selatan

■Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
■Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
■Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction

p/s: hati-hati di jalan raya,ingatlah orang yang tersayang...

(Credit to: Mr Paridon Sahid)

07 August, 2012

Kongsi itu pahala


(Credit to my colleague: Sahrul)

06 August, 2012

Demi kasihku....

Buatmu Allahyarham kedua ayahnda dan bondaku yang tercinta, walau fizikalnya terpisah dek 5 negeri.... Ku titipkan penghormatanku buatmu berdua; Walau tiada lagi kata bicara antara kita...

Allahyarham Ayahndaku: Ibrahim bin Mohd Amin kembali kerahmatullah 27.10.1961 @ 17 JamadilAwal 1381, 51 tahun yang lalu, ketika aku tidak bisa berbicara denganmu, namun niat itu baru kini tertunai... memperbaiki pusara peringatanmu. Venue: Tanah Perkuboran Islam Parit Keroma, Jalan Joned, Muar. Moga rohmu ditempatkanNya disisi orang yang dirahmati, Make over setelah 51 tahun siap sehari sebelum Ramadhan 1433, Alhamdulillah.




Allahyarham bondaku: Sujinah binti Haji Taib kembali kerahmatullah ada 26.5.2009 @26/5/2009 ~ 1 JamadilAkhir 1430:ja, 5.30 pagi Subuh Hari Selasa. Venue: Tanah Perkuboran Islam Hadapan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor. Saya dan Fahimi telah menanam pokok hiasan, foto selepas 3 bulan ditanam hiasan tu.. Moga kasih sayang sentiasa segar dalam sanubari semua ahli keluarga, Amin

26 July, 2012

ONLY ALLAH KNOWS... THE ALMIGHTY

Moga mendapat iktibar

29 June, 2012

Riadah Chi... 1

Kebolehan mengaturkan tenaga Chi membolehkan seseorang mendapat kesembuhan daripada penyakit fizikal, emosi, mental dan  spiritual.  Ianya juga untuk meningkatkan daya pertahanan diri dengan menyediakan lapisan pelindung seolah-olah medan magnet yang menentang dan melemahkan kuasa musuh.

     Mudras atau riadah pada kedua belah telapak tangan adalah cara terbaik untuk mengamalkan Riadah Chi, kerana setiap mudra mempunyai fungsi tersendiri yang melibatkan tenaga dalaman, melibatkan Chi. Samada untuk meningkatkan fungsi aliran tenaga keseluruh badan, untuk menepukan, untuk mengumpul, untuk membersihkan ataupun untuk mengembalikan tenaga.

      Berikut adalah salah satu daripada mudras yang sangat memberikan manfaat kepada pengamal baru (antara 0 hingga 5 tahun)


Mudra asas untuk membentuk bebola tenaga.  Kedua belah tangan membentuk sfera dengan jejari menunjuk kearah bawah telapak tangan yang satu lagi (lihat foto).  


 to create an energy ball. The hands are in a cyclical pattern, with the fingers of one hand hovering over the bottom palm of the other. This creates a magnetic stimulation in the Chi, a sort of + and - effect that attracts the Chi to form into a ball. The hands do not touch each other. The forearms are held parallel to the ground and are straight out in front.
      When your hands and arms are placed in the proper position, visualize a ball of energy forming in between your palms. Think of light flowing out from your palms and swirling into a ball. The longer you visualize this, the more energy is formed in the center.  
       Practice this for about a month. This may seem like a long time, but, learning to make a Chi ball is like learning to walk. It is radically different from anything the body has done before---you go from crawling to walking when you learn how to project Chi. Practicing this for a month allows you to get used to the feeling of Chi and understanding the very basic dynamics of it. 
      As you practice, note any sensations (it is up to you to discover what you feel). After a month has passed, start moving energy from your wrists, through your hands, and then through your palm. This is more difficult, because now you are pushing more energy out of you over a longer area, which requires more concentration. After another week, start from the elbows. In another week, start from the shoulders. And finally, another week later, practice moving energy from your back. 
     Don't worry if you feel like you're not doing something right. As long as you visualize energy moving out of your palms and forming into a ball, you are doing it correctly. Chi acts a bit differently in everyone. 
     Also, if you don't feel anything, this is okay. You just need to continue practicing.
     Once you're able to move energy from your back and into the space between your palms, focus on gathering the loose Chi that flows around the hands. Visualize pulling it into the ball in between your palms. This is a good exercise for it allows the user to use Chi more efficiently. Note, it's not necessary to gather all the loose energy, there will always be loose energy. The point of gathering most of it is for the sake of increased efficiency.
     Continue practicing this mudra  for several months before you move onto the next one. 
(Special thanks to Dr. Khair Yusof for sharing this article)



Payung

Pelbagai gaya;

1.


2.


3.


4.

28 June, 2012

Do'a untuk anak


Salam,
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
 Doa itu adalah :





ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Kalau boleh cuba mengucapkan nya penuh kepada anak kita. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap
ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya 
1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak
adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah,celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah

Petikan hadis :

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” –Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan
Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi <http://hadithpsikologi.blogspot.com/2012/03/teknik-motivasi-nabi-muhamm ad.html>

Wallahua'alam.



(Special thanks to my colleague for the sharing and caring : Hazlan Ali)

27 June, 2012

Do'a.... kehebatannya... manfaatnya....Do'a itu ibadah


٦٠وَ ﻗَ ﺎ لَ رَ ﺑﱡ ﻜُ ﻢُ ادْﻋُﻮﻧِﻲ أَ ﺳْ ﺘَ ﺠِ ﺐْ ﻟَ ﻜُ ﻢْ إِ نﱠ ا ﻟﱠ ﺬِ ﻳ ﻦَ ﻳَﺴْﺘَﻜْﺒِﺮُونَ ﻋَ ﻦْ ﻋِ ﺒَ ﺎ دَ ﺗِ ﻲ ﺳَ ﻴَ ﺪْ ﺧُ ﻠُ ﻮ نَ ﺟَ ﻬَ ﻨﱠ ﻢَ دَ ا ﺧِ ﺮِ ﻳ ﻦَ (٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
(40: 60)


Banyak berdo'a kepada Tuhan tidak rugi sedikit pun.  Kita insan yang lemah, sentiasa memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu bagi meringankan fikiran dan jiwa dan masalah.
  1.  Berdoa bermakna mengadu masalah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik teman yang mendengar semua masalah yang kita adukan kepadaNya.  Allah yang memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang perlukannya.
  2. Do'a itu ibadah,
  3. Do'a mendekatkan diri kepada Allah
  4. Do'a itu zikir
  5. Do'a itu jati diri
  6. Do'a itu menyebabkan hambaNya diangkat darajat, dihapuskan dosa, sebagai pendinding dan yang paling penting sekali.... ALLAH MENGABULKAN Do'a....

Mengatup Dulang Paku Serpih...

2 X 5 = ???????
TUAN TAK PERLU MEMANDANG DAN MENTAKSIR YANG NEGATIF TERHADAP SATU PIHAK, TETAPI MENUTUP SEBELAH MATA UNTUK PIHAK YANG TUAN ADA BERKEPENTINGAN.  

25 June, 2012

Siapa kata orang Melayu tak kreatif.....

Contohnya, dari Lagu ini





Jadi Lagu ini:



atau ini;





atau yang ini;



juga yang ini;




ehmmm,



juga ini,




akhirnya, life!!!!

01 June, 2012

Sains Membuktikan Azan Mampu Merawat Stress, Kanser dan Kemurungan





Setiap hari kita mendengar seruan azan. Paling tidak ialah lima (5) kali sehari. Sejak seawal waktu Subuh dan yang terakhir untuk hari berkenaan ia akan diserukan ketika masuk waktu Isyak. Kalimah-kalimah azan itu sekiranya difahami betul-betul ia mengandunggi nilai-nilai ajaran agama yang tinggi. Selain ia menyeru berkaitan Tauhid iaitu mengesakan Allah dan keimanan kepada Baginda Rasulullah S.A.W kalimah azan juga mengajak supaya kita menuju dan mencari kejayaan. Yang pastinya hikmah kalimah azan bukan sekadar itu sahaja. Allah tidak akan membuat sesuatu itu dengan sia-sia. Apakah pandangan Sains berkaitan seruan azan ini.

Satu kajian yang di buat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak. Menurutnya azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Jelasnya, kebanyakan orang Islam tidak perasan, azan boleh memberi kesan yang besar di dalam kehidupan. Beliau menegaskan;
“Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya, kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri dihanyutkan ombak besar.”
Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.
Tambahnya lagi, “ Saya menyaksikan satu peristiwa iaitu jiran saya lemas di lombong. Setelah usaha bomba mencarinya menemui jalan buntu lalu dilaungkan azan. Mayat mangsa lemas itu timbul ke permukaan air selesai saja azan. Dari situ saya melihat azan ini adalah suatu yang luar biasa.” sambungnya lagi.
Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Kenapa bayi baru lahir harus diazankan? Mungkin ada yang menjawab kerana nabi buat begitu, maka ia disunatkan.

Kajian Dr. Azhar bermula dari titik ketika seorang manusia dilahirkan ke dunia iaitu bayi. Azan adalah usaha bapa untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah terus kepada gelombang bawah sedar atau minda bawah sedar bayi itu. Tujuannya,supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah kemudian kalimah syahadat pula menyatakan kesaksian bahawa Allah itu Esa.



“ Kemudian kita melihat Hayya’alassolah, disambut oleh orang yang mendengar azan “ La haula wala quwwata illa billah”. Yang bermaksud “ tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”. Perkataan “ala-s-solah”, maksud ‘al’ adalah the iaitu definite atau ditentukan. Maknanya bila solat, kita harus solat dalam gelombang otak yang tertentu. 

“ Solat kita mesti berada di dalam gelombang theta iaitu gelombang rendah. Begitu juga azan berada di dalam gelombang theta. Gelombang yang rendah , tenang dan zon makbul doa. Sebab itulah apabila azan, dikehendaki diam kerana ketika itulah makbul doa. JANGAN lepaskan peluang untuk meminta dari Allah ketika itu kerana itu lebih baik daripada bercakap kosong ketika azan,” jelasnya.


AZAN STABILKAN GELOMBANG DUNIA
  
DR. AZHAR menjelaskan, azan yang dilaungkan muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah, sedangkan gelombang dunia tinggi. JADI AZAN YANG MENSTABILKANNYA balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni. Andainya suatu hari nanti sudah tidak ada lagi azan dilaungkan, maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati, semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang di kelilingi pokok kita akan merasa tenang.
Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambaNya. Melalui azan Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak di dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.
“ATURANNYA BEGINI,……………………………………………..
semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi.
Kemudian apabila masuk saja waktu solat, kita mengambil wuduk masa itu gelombang akan turun ke alpha.
KEMUDIAN APABILA AZAN,………………………………………
gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakkan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

“Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap, sebaliknya menghayati. Semua itu ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya ketika badan berada di dalam gelombang theta tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia,” jelasnya.


AZAN TANDA SAYANG ALLAH
Setelah memahami kedudukan azan dari sudut sains, barulah solat akan menjadi lebih khusyuk. Setiap orang mula faham, melakukan solat adalah kerana rasa cinta kepada Allah dan bukan kerana terpaksa. 

Menurut Dr. Azhar, Allah terlalu sayangkan hambaNya dan diberi peluang setiap orang menikmati gelombang theta bukan saja pada azan tetapi pada waktu subuh, dhuha dan asar. Itulah zon makbul doa. Kemudian Allah berikan kepada orang Islam untuk duduk selama sebulan di dalam gelombang theta, iaitu pada bulan Ramadan. Sebab itulah orang yang berdoa ketika ia berpuasa, akan dimakbulkan doanya selain dari sudut kesihatannya, memang sudah dibuktikan manfaatnya.

“Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah. Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan INNALILLAH….iaitu kembali kepada Allah ataupun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga yang paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah.

Azan itu merangsang otak kanan dan menguatkan jiwa.

“ALLAH tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia atau memusnahkan kita. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,” katanya.

SOLAT PADA GELOMBANG THETA
Berbalik semula pada solat yang seharusnya terletak di dalam gelombang theta. 
HASIL KAJIAN yang dilakukan mendapati bahawa solat yang berada pada tahap gelombang theta akan menyebabkan TIGA PERKARA. Menurut Dr. Azhar, perkara PERTAMA yang berlaku ialah hormon MELATONIM akan dibebaskan. Hormon itu adalah pengawal segala pengawal atau bertindak sebagai pengawal trafik. Tugasnya mengawal semua benda di dalam badan seperti tidur, mengawal tekanan dan mengoksidasikan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

“Secara mudahnya begini. Jika anda kena kanser, itu bermakna ‘pegawai trafik’ tidak pandai mengawal lalu lintas, menyebabkan sel berlanggar sesama sendiri. Melatonim tidak mampu lagi mengawal sel. Sebab itulah apabila orang yang menghidap kanser tahap satu dan dua saya akan suruh mereka amalkan azan dahulu kerana ia akan menurunkan gelombang otak supaya melatonim boleh dikeluarkan.”

“Yang KEDUA, ENDROFIN, iaitu morfin semula jadi manusia. Perhatikan pesakit di hospital, jika bertindak ganas, gelisah, kelam kabut dan sakit doktor hanya suntikkan morfin supaya kita tenang dan tidur. Tapi sebenarnya kita sudah ada morfin semula jadi yang dikeluarkan dari otak.

Soalnya kenapa kita tidak boleh keluarkan morfin itu supaya kita jadi tenang?
Kerana solat kita selalu di dalam keadaan lalai dan mengambil mudah soal azan.”

“AKHIR sekali SEROTONIM atau AGEN CERIA. 
Jika tidak cukup hormon ini di dalam badan, akan jadi murung, dan boleh membunuh diri. Untuk mengawal rembesan hormon itu, juga boleh dilakukan dengan solat dan azan pada tahap khusyuk.” Jelasnya.
Sambungnya lagi, yang menjadi masalah, semua hormon itu tidak seimbang di dalam badan. Itulah yang menimbulkan pelbagai masalah di dalam hidup termasuk penyakit dan perasaan negatif.


Dr.Azhar menyatakan bahawa kebanyakan orang sekarang mendirikan solat di dalam gelombang beta, iaitu melakukanya di dalam keadaan kelam kabut dan lalai. Badan yang berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang tinggi, akan menyebabkan stress, tertekan dan kelam kabut.

“HANYA DENGAN SOLAT DAN AZAN SAJA GELOMBANG ITU BOLEH DITURUNKAN KE TAHAP THETA SECARA SEMULA JADI.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com