Setiap makhluk Allah akan diuji dengan segala bentuk dugaan. Aku tidak terkecuali. Namun aku pasrah, rasa bersyukur kerana terpilih. Ujian ini membongkar banyak hikmah yang hanya Allah maha mangetahui. Berikut adalah nukilan secara ringkas rentetan dugaan yang telah aku alami.
Ogos 2013
Sekembalinya aku dari Manchester selepas Majlis konvo anak, 15 Ogos 2013, aku disahkan mengidap alahan terhadap ubat 'allupurinol' selepas 3 minggu memakannya. Simptom awal badan rasa sangat lemah tidak bermaya sehinggakan rakan sepejabat & serumah, Dr Akma menelefon anak aku untuk mengambil aku balik. Aku dibawa ke hospital dan ditahan dalam wad oleh Dr. Aza Pakar Dermatologi Hospital Sg Buloh. Dari lemah badan kepada tanda bintik merah seluruh badan dan kulit mengelupas sehingga ke kulit kepala pun mengelupas.
Sakitnya Allah aje yang tahu. Dalam masa yang sama alahan itu menyebabkan seluruh sistem badan jadi haywire, tekanan darah tak menentu, kadar gula dalam darah tak stabil sehingga Dr suruh aku cucuk insulin setiap hari, sehinggakan aku selalu mengalami hypoglycemia.
September 2013
Kesan alahan ubat belum begitu pulih, datang pula sakit di sendi kanan pinggul yang sejak awal tahun 2013 aku hidapi sekali sekala, makin terasa berlarutan serta melarat dikedua-dua belah sendi pinggul, sehingga aku tidak mampu berjalan (Sedikit pergerakan amat sakit apatah lagi nak berjalan). Semasa review dengan Dr Aza aku memaklumkan rasa sakit tersebut, dia menyuruh aku pergi x-ray dan merujuk kes aku kepada Pakar Ortopedik. Kali petama ke Unit Ortopedik Dr Shafik review x-ray dan menunjukkan kepadaku keadaan sendi kedua-dua pinggul yang semakin haus. Dia mmengandaikan aku mengalami 'ghouty osteo-artritis'.
Dia merujuk aku untuk buat fisioterapi. Namun sakit tidak berkurangan malah semakin teruk, aku kembali ke ortopedik kerana langsung tak boleh berjalan, sakit yang amat. Aku serta merta dimasukan kedalam wad untuk pemeriksaan lanjut. Konsultan yang merawat aku ialah Mr Siva Thiagarajoo. Dalam masa yang sama aku kehilangan selera makan, dek kerana sakit yang amat hanya Allah sahaja yang tahu. Ofis memang dah tak boleh pergi, review demi review dan setiap kali mc diberi.
Oktober 2013
Pagi Raya Haji, selasa 15 Oktober 2013 aku mengalami hypoglycemia yang teruk sehingga anak panggil ambulans dan aku dirujuk ke unit kecemasan dan dimasukkan ke dalam wad ortopedik. Aku dirawat dan Mr Siva menyarankan untuk pemeriksaan x-ray dan MRI. MRI dan x-ray menunjukkan kesan pada sendi makin teruk, salur darah ke sendi mati dan bekalan oksigen ke sendi tiada menyebabkan tulang di situ dijangkiti kuman. Mr Siva memberi aku 3 pilihan yang mana aku sendiri memilih untuk membuat THR*, (Total Hip Replacement) untuk kedua-dua sendi pinggul.
(*Kos rawatan: sebelah RM 12,500.00 X 2sendi pinggul= RM25,000.00, aku mohon bantuan JPA dan LO telah diluluskan: T kasih Pn Aisyah, En Azhari dan Pengarah IAB dan Kerajaan Malaysia kerana mempermudahkan urusan THR ini)
November 2013
Sebelum itu dia merujuk aku kepada Pakar Rheumotologi di Hsp Selayang, untuk mendapatkan second opinion berkaitan sakit sendi ini. Semasa nak ke Hsp Selayang, keadaan sakit yang aku alami amat kritikal, sehingga Dr pakar Hsp Selayang telah tahan aku di wad untuk mengurus kesakitan selama lebih dari sebulan. Di hospital Selayang aku banyak mengalami gangguan trauma sehingga seminggu aku koma*. Menurut suami tekanan darah dan segala sistem badan haywire aras tekanan darah, gula darah, pendarahan dalam najis dan segala macam ujian diagnostik dibuat sehinggakan tujuan asal Mr Siva merujuk aku ke Hsp Selayang tidak mendapat sebarang jawapan dari pakar rheumatologi. Keluar wad Dis 2013, bila pain team selayang telah menemui pain killer pada dose yang serasi denganku.
(*sepanjang aku koma, aku mengalami mimpi yang menyerupai gangguan syaitan sepertimana yang dialami orang ketika nazak. Dalam gangguan itu aku bertemu dengan ahli keluarga yang paling ku sayang, rakan ustaz dan ustazah yang semuanya mengajak aku untuk menganuti ajaran yang bertentangan islam! Memang mengerikan dan apabila akut tersedar dari lena yang panjang itu aku amat bersyukur kerana masih berpeluang bertaubat dan membetulkan jalan yang aku pilih)
Disember 2013
Balik ke rumah dengan segala macam trauma. Yang baiknya tekanan darah kembali normal, gula dalam darah tiada sehingga Dr larang aku mengambil insulin. Kembali semula keHSB untuk mendapatkan tarikh pembedahan THR, Mr Siva memaklumkan Dewan Bedah HSB terbakar maka aku dalam waiting list. Namun aku dapati ada pembengkakan di sendi kanan belakang punggung yang aku jangka akibat sakit sendi yang aku alami, sejak 2-3 bulan kebelakangan.
Hal ini aku rujuk kepada Mr Siva semasa review dengannya. Serta merta beliau meminta aku membuat scan yang mana dia mengandaikan bengkak itu adalah kerana bisul. jika scan menunjukkan bisul itu kecil beliau boleh memberikan antibiotik kepadaku, namun keputusan scan mendapati bisul tu besar dan terpaksa dibedah.
Sekali lagi aku dimasukkan ke dalam wad, untuk dibedah membuang bisul. dan Mr Siva sendiri melakukan sebagai persiapan agar tidak menganggu THR kemudian. Hasil ujian klinikal bisul didapati mengandungi kuman salmonella.
Luka bedah dibiarkan tidak berjahit untuk tujuan boleh dibasmi kuman dan mengelak pengumpulan nanah jika ada kemudian.
Luka bedah bisul perlu dicuci setiap hari diklinik. Bayangkan betapa seksa setiap hari turun naik kereta ke klinik dgn wheel chair dan dicuci dengan bonus sakit sendi punggung pula.
(23April 2014- Kelahiran cucu pertama bak peniup semangat untuk tidak berputus asa dengan dugaan ini)
Mei 2014
Selang 3-4 bulan luka sembuh sepenuhnya. Disamping membuat dressing setiap hari aku juga juga perlu makan antibiotik yang dibekalkan.
Jun 2014
Selepas 6 minggu berhenti antibiotik baru doktor sediakan aku untuk pembedahan THR. Namun aku mengalami flu dan perlu mengambil antibiotik. Akhirnya tarikh pembedahan didapati.
Ogos 2014
Beberapa minggu sebelum tarikh operation THR aku dikehendaki jumpa pakar bius untuk menyesuaikan jenis bius semasa pembedahan nanti. Aku kena pastikan keadaan kesihatan betul-betul tip top. Aku juga dikehendaki membuat ujian ECG serta sampel darah disamping x-ray.
September 2014
Sehari sebelum tarikh operation aku kena masuk wad untuk persediaan. Operation sendi pinggul sebelah kiri di buat dahulu.
18/9/2014, Proses pembedahan bermula dengan berpuasa sejak jam 10.00 malam, esok pagi 7.30 pagi katil aku ditolak ke dewan bedah dan bermula jam 8.00 hingga jam 2.00petang aku ditolak balik ke wad. Sedikit kesan pembedahan, aku mengalami loya dan muntah. Bila kesan ubat pelali hilang mula sakit yang teramat. Aku juga mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa dibantu dengan pemindahan darah. Sebanyak 4 beg darah telah dimasukkan kedalam badanku. Mr Siva telah menghantar sampel swab di sendi yang dibuang ke makmal untuk mengetahui punca kerosakan dan didapati ianya telah dijangkiti kuman. Selepas pembedahan kali ini selain kena cuci luka pembedahan sepanjang 16 cm dengan stapler setiap hari di klinik berhampiran aku juga telah diberi beberapa jenis antibiotik. Aku juga tidak dibenarkan memijak kaki kiri kerana ada retak ditulang yang dibedah.
Sendi baru yang telah di implan di bahagian kiri |
Disember 2014
Sehingga 23/12/2014 review dengan Mr Siva menunjukkan kandungan sampel darah masih tinggi aras CRP (kuman) bermakna belum boleh untuk pembedahan sebelah kanan. Jika diteruskan juga mungkin ada komplikasi jangkitan kuman pula. Dalam masa itu aku dibenarkan pijak kaki kiri dan boleh latih berjalan menggunakan tongkat. Bagaimanapun dia tidak merujuk aku kepada fisioterapist kerana sendi kanan yang masih belum dibedah dan sendi kanan juga yang lebih teruk keadaannya.
Dalam pada itu aku juga perlu menjaga beberapa pantang larang yang perlu diingati untuk mengelak komplikasi dan menjaga sendi baharu agar berfungsi baik, antaranya...
------>; 1.
------->; 2.
-------> 3.
------> 4.
-------> 5.
--------> 6.
-------> 7.
--------> 8.
---------> 9.
---------> 10.
--------> 11.
JANGAN SESEKALI JATUH!!!
Next review 20/1/2015 akan dirujuk dengan Dr pakar yang baru kerana Mr Siva telah diarahkan bertugas di HKL pula. Beliau memaklumkan kepadaku aku akan dirujuk kepada pakar lain yang lebih senior Mr Gurjit Singh. Moga Allah permudahkan urusan ini, untuk mendapatkan tarikh pembedahan sebelah kanan pula. Sehingga hari ini 10/1/2015 aku masih diberi cuti sakit. Aku risau penyakit ku ini menjejaskan pretasi kerjayaku sebagai seorang pensyarah kanan di KPM.
Sejak Ogos 2013- Ogos 2014 aku kehilangan berat badan sebanyak 30kg sehingga berlaku kemerosotan pada tisu otot, rambut gugur hingga botak, namun kini dah mula pulih dan berselera kembali.
Before:Julai 2013- Evening oxygen @ Amsterdam |
After: Jun 2014-Delicious @ Setia Alam |
Januari 2015
Review dengan Mr Gurjit Singh al Gurdial Singh (perunding baru yang menggantikan Mr Siva), telah menetapkan tarikh pembedahan THR untuk sendi kanan yang lebih acute pada 5/2/2015 (Khamis). 2 hari sebelum itu saya dikehendaki masuk wad 5D. Namun 23/1/2015 ini ada beberapa ujian pre-ops yang saya dikehendaki buat: Blood test, ECG dan X Ray sebelum appointment dengan Pakar Bius pada 29/1/2015. Moga segalanya berjalan lancar. Dalam pada itu aku cuba untuk memohon untuk mendapatkan kad oku. Mr Gurjit terus membuat sokongan dan mengisi catatan doktor pakar. Kad diperolehi 23 Mac 2015, alhamdulillah.
Febuari 2015
3/2/2015 aku ditempatkan diwad 5D bilik 9. 2 rakan sekelas masa form 3 STM dulu sudi ziarah, Habibah Salleh dan Kamariah Abu Bakar serta Noraini Nahrawi. Terima kasih banyak-banyak. 5/2/2015 seawal jam 6.30pagi BP Check up menunjukkan bacaan tinggi, diberi pil utk menurunkan tekanan darah. Jam 7.30 setelah siap memakai gaun bilik bedah, katil aku ditolak masuk bilik bedah. Sementara menunggu Pakar bius (hansome) jumpa aku, tenangkan aku, dan jam 8.00pagi prosedur dimulai dgn epidural untuk bius separuh badan, 2 kali cucuk di sendi tulang belakang kerana kali pertama pakar bius tercucuk vesel darah. Sepanjang prosedur aku berjaga boleh dengar surgeon menggergaji tulang kepala paha kanan aku. setelah siap aku minta kepada Mr Gurjit untuk membawa balik kepala paha yang dibuang (namun menurut beliau tak boleh kerana tulang tu dah hancur). sepanjang dalam bilik bedah sebanyak 2 beg darah di masukkan dalam badan ku kerana tiba-tiba BP aku drop. Pembedahan selesai jam 3.00 petang dan aku ditolak ke bilik x ray sebelum dibawak masuk wad. Pemerhatian di wad dibuat selama 4 hari. Discharge dari wad pada 9/2/2015.
Komplikasi yang aku hadapi selepas pembedahan kali ini adalah, kesakitan, kebas, bisa dan sesekali seperti terkena renjatan elektrik dibahagian sendi pinggul kanan hingga kehujung jari kaki kanan . Allahuakbar... derita sakit ni lebih teruk berbanding sebelum dibedah. Menurut Mr Gurjit, kemungkinan sistem saraf saya yang agak kucar kacir lambat pulih. Namun selepas 5 minggu pembedahan sakit agak berkurangan setelah diberikan vitamin urat saraf dan pain killer. Luka pembedahan telah sembuh sepenuhnya, alhamdulillah, cuma kesakitan ini masih ada...Setakat ini MC berterusan sehingga Mei 2015
Mei 2015
Selepas 3 bulan dibedah sendi pinggul kanan baru Dr Pakar izinkan aku untuk memijak kaki kanan, dan meletakkan berat di kaki kanan. Selain rawatan fisioterapi setiap 2 minggu sekali. MC diteruskan sehingga lagi 3 bulan lagi, 18.8.2015.
Pada 28 Mei 2015 Jam 8 pagi, aku dihadap kepersidangan Lembaga Perubatan atas permintaan majikan bertempat di Bilik Seminar 2, Tingkat 1 pusat Rawatan Harian, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Pihak Majikan juga dipanggil. Keputusan tidak menyebelah pihak aku nampaknya... cuma dikatakan proses pemulihan kesan pembedahan yang sangat lambat.
Jun
Sejak dibenarkan memijak dgn kedua2 belah kaki, barulah fisioterapis berani mengaplikasi protokol seterusnya, balancing atas foam, berjalan di antara 2 bar. Berjalan juga dengan menggunakan walking frame. 18 Jun Sebelum raya 17 Julai 2015, majikan menelefon setelah mendapat laporan dari persidangan lembaga perubatan tempohari, yang keputusan lembaga berdasarkan pengalaman perubatan bahawa aku boleh kembali bekerja seperti biasa cuma proses pemulihan agak lambat. Amat berterima kasih kepada pihak majikan, Kem Pend Malaysia, dan khususnya pihak pengurusan IAB memberikan sokongan positif dan sedia bekerjasama untuk membenarkan aku diberi kerja ringan, sekembali aku bertugas semula nanti.
18 Ogos 2015- review dgn Pakar Ortopedik Mr Gurjit Singh
Kali pertama datang untuk review menggunakan walking frame. Pakar ortopedik mengarahkan aku untuk membuat x-ray di unit pengimejan, dan beliau berpuas hati dengan paparan imej sendi kanan pinggul diskrin. Tetapi beliau mengatakan aku belum lagi begitu pulih untuk kembali bekerja, cuti sakit disambung lagi dari 19 Ogos 2015 hingga 20 Oktober 2015, untuk next review. Dalam pada itu, fisioterapi diteruskan seperti biasa di pusat rehabilitasi Hospital sg buloh.
1 Oktober 2015 - Aku pergi ke IAB, berjumpa dengan Pengarah berbincang hal persaraan awal
Setelah dua tahun 1 bulan, aku tidak pergi bekerja dengan mc kerajaan, darjah kebimbangan amat tinggi bimbang penderitaan sakit ini akan menjejaskan kerjaya. Maka saya membuat keputusan untuk bersara awal. Pergi ke IAB, press biometrik, (konon cuba lapor diri untuk bertugas) sensor pun dah tak kenal ibu jari saya.Minta borang persaraan daripada Pn Fairose, sehari suntuk mengisi borang dan terus submit, aku memilih untuk bersara mulai 1 Disember 2015. Akhirnya dengan rasminya ranjau duri dan kenangan manis sebagai penjawat awam tamat. Pihak IAB telah membuat majlis meraikan persaraan aku bersama 4 orang lagi rakan sejawat. Video montaj persaraan aku ada aku upload di blog jabatan aku, di mana aku adalah adminnya....