>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

Showing posts with label Resepi eksotik pahang. Show all posts
Showing posts with label Resepi eksotik pahang. Show all posts

23 December, 2011

PAIS IKAN PATIN TEMPOYAK

Saya ingin mengabadikan perkongsian resepi daripada Ustaz Kamal Arifin, anak Jati Pahang
Foto: Ihsan dari kondakondi.com


Bahan-bahan:

  1. Ikan patin/lain-lain jenis ikan pun boleh
  2. Tempoyak, cili padi, bawang merah,  Kunyit hidup
  3. Petai,  bunga kantan , Daun kesom,  daun kaduk
  4. Daun kunyit
  5. Daun pisang / Aluminium foil

Cara penyediaan:

  1. Bahan #1 dibersihkan
  2. Bahan #2 ditumbuk, rasa garamnya
  3. Bahan #3 diracik
  4. Gaul semua, sumbat dalam berut dan dilumur ke badan ikan
  5. Balut dengan daun kunyit, perap
  6. Balut dengan daun pisang/ aluminium foil
  7. Bakar

18 October, 2011

SAMBAL HITAM




Ingin sekali lagi saya berkongsi resepi yang Ustaz Kamal Arifin selalu buat dan kami rajin mencuba iaitu 'Sambal Hitam' .Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka. Dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Sambal hitam ini sedap dimakan bersama nasi panas. dan sebagai perasa tambahan bagi mee, roti sandwich dll. 

Bahan-bahan 
1 Kg Belimbing buluh (hijau)
1 Kg ikan bilis dibelah buang tulang- dikisar

600 g bawang merah - dikisar

500g cili padi - dikisar
sedikit minyak masak 
sedikit garam 

Cara-cara 

  1. Belimbing bulu direbus tanpa air sehingga hitam (bila air semua telah keluar- diasingkan air dan rebus belimbing hingga hitam), di kisar hancur
  2. Panaskan minyak tumis cili api dan bawang hingga masak betul
  3. Masukkan ikan  bilis dan belimbing
  4. Gaul sentiasa, sehingga hitam, rasa garam secukup rasa.
  5. Siap untuk dimakan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com