Ingin sekali lagi saya berkongsi resepi yang Ustaz Kamal Arifin selalu buat dan kami rajin mencuba iaitu 'Sambal Hitam' .Sambal ni merupakan sajian dari negeri Pahang, tetapi menurut rakan sekerja saya ianya hanya popular kat beberapa daerah saja kut tak silap kat Kuala Lipis dan Jengka. Dimasak menggunakan belimbing buluh yang direbus hingga hitam kemudian baru disambalkan pulak dengan ikan bilis. Sambal hitam ini sedap dimakan bersama nasi panas. dan sebagai perasa tambahan bagi mee, roti sandwich dll.
Bahan-bahan
1 Kg Belimbing buluh (hijau)
1 Kg ikan bilis dibelah buang tulang- dikisar
600 g bawang merah - dikisar
500g cili padi - dikisar
sedikit minyak masak
sedikit garam
Cara-cara
- Belimbing bulu direbus tanpa air sehingga hitam (bila air semua telah keluar- diasingkan air dan rebus belimbing hingga hitam), di kisar hancur
- Panaskan minyak tumis cili api dan bawang hingga masak betul
- Masukkan ikan bilis dan belimbing
- Gaul sentiasa, sehingga hitam, rasa garam secukup rasa.
- Siap untuk dimakan.
0 comments:
Post a Comment
Leave a comment please....