>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

Showing posts with label TazkiyatulNafs. Show all posts
Showing posts with label TazkiyatulNafs. Show all posts

28 June, 2012

Do'a untuk anak


Salam,
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
 Doa itu adalah :





ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Kalau boleh cuba mengucapkan nya penuh kepada anak kita. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap
ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya 
1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

Waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak
adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah,celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah

Petikan hadis :

“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala.” –Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan
Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi <http://hadithpsikologi.blogspot.com/2012/03/teknik-motivasi-nabi-muhamm ad.html>

Wallahua'alam.



(Special thanks to my colleague for the sharing and caring : Hazlan Ali)

27 June, 2012

Do'a.... kehebatannya... manfaatnya....Do'a itu ibadah


٦٠وَ ﻗَ ﺎ لَ رَ ﺑﱡ ﻜُ ﻢُ ادْﻋُﻮﻧِﻲ أَ ﺳْ ﺘَ ﺠِ ﺐْ ﻟَ ﻜُ ﻢْ إِ نﱠ ا ﻟﱠ ﺬِ ﻳ ﻦَ ﻳَﺴْﺘَﻜْﺒِﺮُونَ ﻋَ ﻦْ ﻋِ ﺒَ ﺎ دَ ﺗِ ﻲ ﺳَ ﻴَ ﺪْ ﺧُ ﻠُ ﻮ نَ ﺟَ ﻬَ ﻨﱠ ﻢَ دَ ا ﺧِ ﺮِ ﻳ ﻦَ (٦٠
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada
beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
(40: 60)


Banyak berdo'a kepada Tuhan tidak rugi sedikit pun.  Kita insan yang lemah, sentiasa memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu bagi meringankan fikiran dan jiwa dan masalah.
  1.  Berdoa bermakna mengadu masalah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik teman yang mendengar semua masalah yang kita adukan kepadaNya.  Allah yang memberikan penyelesaian terbaik bagi sesiapa sahaja yang perlukannya.
  2. Do'a itu ibadah,
  3. Do'a mendekatkan diri kepada Allah
  4. Do'a itu zikir
  5. Do'a itu jati diri
  6. Do'a itu menyebabkan hambaNya diangkat darajat, dihapuskan dosa, sebagai pendinding dan yang paling penting sekali.... ALLAH MENGABULKAN Do'a....

27 February, 2012

100 X @ HARI

CREDIT TO WWW.RINDOK.COM

08 January, 2012

Pelembut hati...


Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

07 January, 2012

Tahajud...

Rasulullah Saw pernah di tanya, “Solat manakah yang paling utama setelah solat lima waktu?” Rasulullah menjawab, “Solat Tahajud” (HR Muslim).
“Sesungguhnya pada tiap-tiap malam ada suatu saat makbul; barang siapa dari hamba-Nya yang muslim memohon kebaikan tepat dalam saat itu nescaya akan dikabulkan oleh Allah Swt.” (HR Muslim)
Fadilat solat Tahajud:
  1. Makbul doa,
  2. masin kata-kata,
  3. tenang hati dan fikiran,
  4. mendapat beberapa kemudahan,
  5. murah rezeki,
  6. dihormati masyarakat
  7. tiada sampai khianat manusia
  8. terapi solat tahajud dapat berfungsi sebagai coping mechanism pereda stres
  9. dan akan memperbaiki sistem imun. Baiknya sistem imun akan terhindar dari infeksi dan kanser.
  10. Secara teori, pengamal solat tahajud pasti terjamin kesihatannya, baik secara fizikal mahupun mental.
(Secara akademik, stres terbukti dapat menggangu daya ketahanan tubuh imunologik. Dalam keadaan ini, tubuh mudah terserang aneka ragam penyakit. Dengan terkendalinya sekresi kortisol yang sering berlangsung secara berlebihan)
Waktu afdhal solat malam: 2.00am-4.30am  (⅓ malam)
Rakaat 1: Selepas Al-Fatihah baca surah Al-kafirun
Rakaat 2: Selepas Al-Fatihah baca surah Al-ikhlas
Doa dalam sujud akhir :
“Wahai Tuhanku, masukkanlah secara baik dan keluarkan aku secara aman dan limpahkanlah aku kekuasaan disisimu yang menolong”
Doa selesai solat:
“ Ya Allah bagimu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.  Bagimulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi.  Bagimulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar dan perjumpaanMu adalah hak dan firmanMu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar dan nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri kepada Engkau jualah kami kembali, dankepadaMulah kami rindu dan kepada Engkaulah kami berhukum.  Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau Tuhan yang terdahulu dan Tuahn yang terakhir.  Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”

06 January, 2012


Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.  
Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.
“Barangsiapa solat 2 rakaat sunat Duha dibaca pada rakaat pertama Al Fatihah dan ayat Kursi 11 kali dan pada rakaat ke2 Al Fatihah dan surah ikhlas 11 kali mewajibkan keredhaan Allah Taala yang amat besar”
  1. Kami tuntut akan Nur dalam kubur maka kami dapatkan dia di dalam berdiri Solat malam
  2. Kami tuntut akan soalan munkar dan Nankir maka dapatkan dia pada membaca al-Quraan
  3. Kami tuntut akan lalu atas Siratul mustaqim, maka kami dpatkan dia pada puasa
  4. Kami tuntut akan berkat pada rezeki maka kami dapatkan dia solat sunat duha
Rakaat 1: Selepas surah Alfatihah baca surah Al-kafirun/ As-Syam /Kursi
Rakaat 2: Selepas surah Alfatihah baca surah  Al-ikhlas/Al-Duha / Al ikhlas.
Zikir dalam sujud akhir: Ya Wahab (40X)/100X
Doa selesai solat Duha:
“ Ya Allah,  bahawasanya waktu Duha itu waktu Duha Mu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu keuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, perlindungan itu  perlindunganMu.  Ya Allah,  jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu duha, keagungan dan kekuasaanMu, limpahlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

Ujian daripadaNya.....

KERANA KASIH-NYA KITA DIUJI..
Kasih sayang Allah pada hamba-Nya berbeza-beza. Diberi nikmat dan ujian yang berbeza. Diberi kekurangan dan kelebihan juga berbeza.
Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, melainkan kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. Ujian yang diberi sebagai kaffarah dosa-dosa kita. Setiap ujian Allah akan sertakan hikmah yang selama ini tersembunyi. Ada seorang isteri yang solehah diuji dengan suami yang zalim, tapi Allah anugerahkan kepadanya anak-anak yang baik dan taat. Seseorang yang Allah uji dengan kesihatan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang dari saudara, sahabat handai yang sentiasa mengambil berat. Ada juga yang diuji dengan kesempitan hidup, namun Allah berikannya sahabat sejati yang ikhlas membantu.
Sungguh, Allah Maha Adil, Dia lebih mengetauhi apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..

Subhanallah..Maha suci Allah..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al Baqarah:284)

Alangkah ruginya, tatkala Allah memberi musibah kepada kita, kita mempersoalkan ketidakadilan Tuhan sedang saat itu Allah ingin mendengar rintihan dan rayuan kita. Ruginya kita bila musibah melanda kita menjadikan dua kali musibah yakni musibah yang diberi dan dosa dari keluhan mendapat musibah. Sedangkan disitulah adanya keampunan dari-Nya..
Wallahu'alam

21 November, 2011

KUFUR NIKMAT



FIRMAN ALLAH, dalam Surah Ar-Rahman sahaja, 31 kali ayat berikut diulang-ulang sebagai peringatan  Allah Taala kepada kita hambaNya yang lemah tidak berdaya, tetapi seringkali 'kufur nikmat'....
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Antara NIKMAT Allah yang dikurniakan kepada kita seperti yang disebut dalah surah ini:-
  1. Allah mengajarkan Al-Quran- sebagai manual menjalani kehidupan
  2. Allah telah menciptakan manusia
  3. Allah telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
  4. Allah telah menciptakan sistem cakrasuria, matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu, wujud siang dan malam untuk memperjelaskan peranan dan tanggungjawab mengikut fitrah masing-masing
  5. Allah telah mencipta tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya, dengan khasiat dan vitamin untuk dimanfaat oleh manusia.
  6. Allah mencipta langit dijadikannya (bumbung) tinggi, sebagai strata dengan kandungan gas untuk dihidu bagi kesinambungan kehidupan dan wap untuk dikitar semula menjadikan air hujan bagi menyubur tumbuhan serta minuman kepada manusiadan hidupan di muka bumi
  7. Allah mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,  supaya manusia tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. Misalnya, Allah mengingatkan kita agar pastikan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kita mengurangi barang yang ditimbang. 
  8. Allah menciptakan bumi yang dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. 
  9. Allah menciptakan berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang, dan juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. 
  10. Allah menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.
  11. Allah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
  12. Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.( Dunia dan akhirat)
  13. Allah mencipta muara sungai yang sangat unik, dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. Sebagai perlambangan kehidupan kita agar kita tidak mencampuri urusan orang lain sepertimana sikap profesional dalam kerjaya, keran setiap insan mempunyai hak sendiri.
  14. Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang
  15. Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. 
  16. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
  17. Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! 
  18. Allah mengadili dan akan menguruskan hitungan dan balasan amal manusia dan jin pada hari kiamat.
  19. Allah sediakan nikmat dua Syurga.yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan, terdapat dua mata air yang mengalir.  Dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik, terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
  20. Janji Allah: Balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga
 Maha Suci Allah yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.



11 October, 2011

Di celah-celah kehidupan

Kehidupan bermasyarakat, kadang kala timbul pelbagai persoalan yang hanya boleh dirungkai oleh individu yang terlibat.  Bagaimanapun, barang perlu diingat setiap tindak tanduk kita janganlah melampaui batas sehingga mengganggu gugat ketenteraman dan privasi orang lain.  Pendek kata perlu respek orang lain.  Sedangkan Air laut yang masin masih respek air sungai yang tawar di muara sungai......
Allah telah menjadikan fenomena di alam semesta ini untuk diambil iktibar....


Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman:


Mafhumnya:
~Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19)
~Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20)

07 October, 2011

Rayuan mendayu doa kepada Yang Maha Esa

Moga sama-sama kita membetulkan dan melunakkan bacaan doa kita....


02 October, 2011

Antara 2 Sujud

Setiap detik titipkan doa untuk kesejahteraan diri kepda yang MAHA ESA

29 September, 2011

Life is short make it sweet, do it right

Some shocking mistakes that we  make in solat... 





22 July, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ 1432H


Teringat dizaman kanak-kanak dan mula belajar berpuasa.....  Seksanya nak bangun sahur.  Bila mak dah mula ke dapur nak masak hidangan untuk berbuka puasa, mula le pedih perut.... rasa nak batal puasa jer....  Bagaimana dengan anda?  

06 June, 2011

KETIBAAN BULAN REJAB (1 Rejab 1432 bersamaan 3 Jun 2011 - Jumaat)

PENGENALAN 


Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmatNya dan kemurahanNya di bulan ini. 

  
AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB 

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab antaranya adalah seperti berikut: 
  • mendapat kemuliaan disisi Allah, 
  • dilipatgandakan pahalanya, 
  • dijauhkan fitnah di hari pembalasan, 
  • aman dari azab kubur, 
  • dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya,
  • diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu. 
KELEBIHAN LAIN DI BULAN REJAB

  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan  roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.      
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

AMALAN LAIN YANG DIGALAKKAN DALAM BULAN REJAB
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

  

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB
  •    Israk dan Mikraj (27 Rejab) 
  •    Solat 5 waktu difardhukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) 
  •    Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. 
  
KESIMPULAN 
Bulan Rejab mempunyai banyak keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada kita  ummatnya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada kita untuk bertaubat  dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwadu’ agar ganjaran yang akan diperolehi itu diterima Allah s.w.t dan mendapat keberkatan darinya. Wallahu Alam.

 (edited from Mai's email)

02 June, 2011

Gossiping!

"O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin: And spy not on each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, ye would abhor it...But fear Allah. For Allah is Oft-Returning, Most Merciful. 




"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
~Surah Al-Hujurat:12 

Did You Thank Allah for Your Eyesight?


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.
A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"
The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."
What he had written was: "Today is a beautiful day and I cannot see it."

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing?
Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

"It is He, Who has created for you (the sense of) hearing (ears), sight (eyes), and hearts (understanding). Little thanks you give."


 "Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"
~Surah Al-Mu'minun: 78

31 May, 2011

Pelaburan Saham Alam Barzah


Ingin melabur dipasaran saham papan utama Bursa Akhirat.  Sedekahkan Alfatihah kepada kedua ibu bapa waktu pagi dan senja setiap hari, nescaya Allah permudahkan segala urusan kamu dunia dan akhirat. Begitu juga dengan doa beikut:

10 May, 2011

Doa Duduk Antara Dua Sujud

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi
sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.  Sekadar tersebut di
bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. (ada yang
sangat laju duduk antara dua sujud)

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud
semasa solat. Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada
Allah; Robbiegfirli (Tuhanku, ampuni aku).  Diamlah sejenak, buka dada
dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan Allah.  Ulangi
permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan,
kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku).  Diam
dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang
Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa
cukup.  Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan
begitu sahaja

semoga sahabat dikuniakan hidayat. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com