1. Jgn Terlampau Byk Berckp
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan
marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan
pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mem
punyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada
terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan
mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan
anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan
dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan
memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan
keadaan.
2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan,
anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan meng
ungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang
pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula,
anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit
sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah.
Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan
ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya
apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggi
kan suara.
3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra
dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuat
kan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan
anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain
di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang
yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda.
Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan
perhubungan anda sendiri.
4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda
dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat
perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami
bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan
pandangan anda.
5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan
masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin
tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan
seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin
baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan
tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan
turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan
masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan
panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh,
keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar
mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasa
kan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga ter
gamak menggunakan panggilan kasar termasuklah
'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan
selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang
dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika
sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata
yang tidak-tidak
terhadap lawannya.
9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah
juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini
akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.
Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan
ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,
" berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat
Tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita
menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar Luahan Is3
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri
anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang
tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan
idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda
berdua.
12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan
membuatkan anak2 keliru dan mengadili sama ada ibu
atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah.
Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2
anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar.
Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal
berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda
cuba untuk mengasari isteri anda.
Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan
membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh
pada masa lain.
14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri,
jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak
ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan.
Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk
menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah Tidak Bererti Kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan
anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk
membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya
menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah
semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan
ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggal
kan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan
berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak
akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang
dahsyat akan menyebabkan mereka bertindak yang
bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan
dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa
keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan
marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan
edikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan
rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan
anda berdua.
17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri,
anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu
sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyam
bung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberi
tahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat
memahami keadaan anda.
18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan.
Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan
melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda
seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap
agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.
Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan
anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan
satu kesatuan hati yang lebih hebat.