>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

21 January, 2012

PERPISAHAN YANG MENYAKITKAN........

Felly dalam kenangan.....

Perpisahan yang amat pilu...
Seperti 26/5/2008 yang lalu...
sekali lagi kenangan itu berulang hari ini:  12.45 tengahari 21/01/2012, Felli pergi buat selamanya dengan simptom yang sama seperti arwah ibu ku, tak mahu makan, minum dan bezanya, selama ini dia amat senyap tapi hari ini berbunyi dia mengerang kuat tika tinggal nyawa-nyawa ikan....
Kenangan abadi felly, towards the ....end....  alfatihah...

Nyawa-nyawa ikan

Dah tak mau minum

Seksanya hingga terjegil biji mata...

Let him rest in peace....  Ameen..
Buat insan-insan yang amat signifikan dengan Felly...... Dia dah pergi meninggalkan kita buat selamanya........  Bella keseorangan sekarang....

09 January, 2012

Fakta tentang makanan.....

Bagaimana Yahudi menipu kita melalui makanan, kerana ‘kita adalah apa yang kita makan'!!!


Firman Allah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitanitu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Surah Al-Baqarah : Ayat 168)

Firman Allah:
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
(Surah Al-Maidah : Ayat 88)

Firman Allah:
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah,
 jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
(Surah An-Nahlu : Ayat 114)
BIL
AUTA
FAKTA
1
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan ….. ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran ….. ini
2
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka
3
Kita diajar memakan kambing tidak baik kerana tinggi kolesterol

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol
4
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSGdan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans
5
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan magi


Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi
6
Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), 

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATIkawan!



SIMBOL KEAMANAN ~ "PEACE"...

Dominasi Yahudi dalam mengelirukan masyarakat sedunia dengan mengadakan budaya hidup yang seolah-olah dikatakan bertamadun tetapi sebaliknya.  Kerana sebagai golongan marhain, kita sebenarnya memerlukan akal fikiran yang rasional berpaksikan nas yang sah (AlQuran dan Sunnah).  Antara budaya umum yang diterima pakai ialah simbol, ritual dan kata-kata  'peace' , 

FAKTA: 'PEACE' SIMBOL SYAITAN LAKNATULLAH...

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi,  sejak 53 tahun yang lalu...



Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Mantan Presiden Palestin), Richard Nixon (Mantan Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Mantan Perdana Menteri Great Britain). Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda "v" mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda "Law of Fives" (Hukum Lima). Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud 'Nail' (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Semoga bermanfaat untuk anda semua...

08 January, 2012

Pelembut hati...


Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Diam dan sunyi......


Begitu sukarnya megukir keikhlasan...


Ikhlaskah kau?  dalam menilaiku..
Tak kanlah nak tunggu aku menjadi seorang yang pakar,
Barulah suara ku nak didengar..
Tak kanlah nak tunggu aku jadi menteri
Barulah aku layak untuk di rai..
Tak kanlah nak tunggu aku hidup mewah dan bergaya
Barulah aku, kau mengaku saudara..
Sungguh, engkau tak pandai berbohong menyembunyikan tingkahmu..
dan kau tak dapat berbohong tentang keikhlasan..
Kini, terpaksa jua ku akui.. Kehidupan duniawi cukup mempengaruhi
Kerana harta kau dipandang mulia, Kerana harta kau disanjung dipuja
Kerana harta setiap bicaramu diguna, Kerana harta,
aku dipandang sebelah mata, Kerana harta kita putus saudara..
Didunia, aku tak punya apa..Tapi ku bahagia kerana Dia sentiasa ada..
Sememangnya aku tak ramai sahabat, Tapi merekalah teman dunia akhirat..
Cukuplah sedikit yang Allah beri, asal saja kita mensyukuri..
Maaf, ku rasai ketidak ikhlasan mu itu..
(Special tribute to someone that made my mind and soul hurts, very much, may Allah lend her some courage to transform and insaf)

07 January, 2012

Tahajud...

Rasulullah Saw pernah di tanya, “Solat manakah yang paling utama setelah solat lima waktu?” Rasulullah menjawab, “Solat Tahajud” (HR Muslim).
“Sesungguhnya pada tiap-tiap malam ada suatu saat makbul; barang siapa dari hamba-Nya yang muslim memohon kebaikan tepat dalam saat itu nescaya akan dikabulkan oleh Allah Swt.” (HR Muslim)
Fadilat solat Tahajud:
  1. Makbul doa,
  2. masin kata-kata,
  3. tenang hati dan fikiran,
  4. mendapat beberapa kemudahan,
  5. murah rezeki,
  6. dihormati masyarakat
  7. tiada sampai khianat manusia
  8. terapi solat tahajud dapat berfungsi sebagai coping mechanism pereda stres
  9. dan akan memperbaiki sistem imun. Baiknya sistem imun akan terhindar dari infeksi dan kanser.
  10. Secara teori, pengamal solat tahajud pasti terjamin kesihatannya, baik secara fizikal mahupun mental.
(Secara akademik, stres terbukti dapat menggangu daya ketahanan tubuh imunologik. Dalam keadaan ini, tubuh mudah terserang aneka ragam penyakit. Dengan terkendalinya sekresi kortisol yang sering berlangsung secara berlebihan)
Waktu afdhal solat malam: 2.00am-4.30am  (⅓ malam)
Rakaat 1: Selepas Al-Fatihah baca surah Al-kafirun
Rakaat 2: Selepas Al-Fatihah baca surah Al-ikhlas
Doa dalam sujud akhir :
“Wahai Tuhanku, masukkanlah secara baik dan keluarkan aku secara aman dan limpahkanlah aku kekuasaan disisimu yang menolong”
Doa selesai solat:
“ Ya Allah bagimu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.  Bagimulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi.  Bagimulah segala puji, Engkaulah yang hak dan janjiMu adalah benar dan perjumpaanMu adalah hak dan firmanMu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar dan nabi Muhammad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri kepada Engkau jualah kami kembali, dankepadaMulah kami rindu dan kepada Engkaulah kami berhukum.  Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkau Tuhan yang terdahulu dan Tuahn yang terakhir.  Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”

06 January, 2012


Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.  
Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.
“Barangsiapa solat 2 rakaat sunat Duha dibaca pada rakaat pertama Al Fatihah dan ayat Kursi 11 kali dan pada rakaat ke2 Al Fatihah dan surah ikhlas 11 kali mewajibkan keredhaan Allah Taala yang amat besar”
  1. Kami tuntut akan Nur dalam kubur maka kami dapatkan dia di dalam berdiri Solat malam
  2. Kami tuntut akan soalan munkar dan Nankir maka dapatkan dia pada membaca al-Quraan
  3. Kami tuntut akan lalu atas Siratul mustaqim, maka kami dpatkan dia pada puasa
  4. Kami tuntut akan berkat pada rezeki maka kami dapatkan dia solat sunat duha
Rakaat 1: Selepas surah Alfatihah baca surah Al-kafirun/ As-Syam /Kursi
Rakaat 2: Selepas surah Alfatihah baca surah  Al-ikhlas/Al-Duha / Al ikhlas.
Zikir dalam sujud akhir: Ya Wahab (40X)/100X
Doa selesai solat Duha:
“ Ya Allah,  bahawasanya waktu Duha itu waktu Duha Mu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu keuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, perlindungan itu  perlindunganMu.  Ya Allah,  jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu duha, keagungan dan kekuasaanMu, limpahlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

Ujian daripadaNya.....

KERANA KASIH-NYA KITA DIUJI..
Kasih sayang Allah pada hamba-Nya berbeza-beza. Diberi nikmat dan ujian yang berbeza. Diberi kekurangan dan kelebihan juga berbeza.
Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, melainkan kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. Ujian yang diberi sebagai kaffarah dosa-dosa kita. Setiap ujian Allah akan sertakan hikmah yang selama ini tersembunyi. Ada seorang isteri yang solehah diuji dengan suami yang zalim, tapi Allah anugerahkan kepadanya anak-anak yang baik dan taat. Seseorang yang Allah uji dengan kesihatan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang dari saudara, sahabat handai yang sentiasa mengambil berat. Ada juga yang diuji dengan kesempitan hidup, namun Allah berikannya sahabat sejati yang ikhlas membantu.
Sungguh, Allah Maha Adil, Dia lebih mengetauhi apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..

Subhanallah..Maha suci Allah..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al Baqarah:284)

Alangkah ruginya, tatkala Allah memberi musibah kepada kita, kita mempersoalkan ketidakadilan Tuhan sedang saat itu Allah ingin mendengar rintihan dan rayuan kita. Ruginya kita bila musibah melanda kita menjadikan dua kali musibah yakni musibah yang diberi dan dosa dari keluhan mendapat musibah. Sedangkan disitulah adanya keampunan dari-Nya..
Wallahu'alam

Kata yang amat ringkas......


Tetapi memberi impak yang mendalam.......
              1. Maafkan saya
              2. Awak penting
              3. Saya rindukan awak
              4. Kerja yang hebat
              5. Saya ada di sini untuk awak
              6. Ini semuanya untuk awak
              7. Awaklah orangnya
              8. Awak boleh melakukannya
              9. Saya sokong awak
              10. Saya mengagumi awak
              11. Awak selamat
              12. Saya Faham
              13. Tak apa
              14. Awak cantik
              15. Saya sudah salah
              16. Saya sayangkan awak
              17. Saya maafkan awak
              18. Terima kasih
Tuturkannya dengan ikhlas dari hati yang luhur...Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda!

01 January, 2012

Which Baby Are You?



--JANUARY BABY---

Pretty / handsome. Loves to dress up. Easily bored.
Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to
recover when hurt... Sensitive. Down-to-Earth.
Stubborn. Repost this in 5 mins and you will meet
someone new in 8 days that will perfectly balance
your personality. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
My Ping in TotalPing.com
My Ping in TotalPing.com