>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

07 November, 2011

LAKSA JOHOR / spageti bolognaise ikan


Sesekali pekena laksa johor pun sedap... cubalah

Bahan A-Laksa
1 paket spageti / Mee laksa putih

Bahan B-Kuah Laksa
3 ekor ikan parang          
3 ekor ketam
½ kg udang
1½ biji santan kelapa
½ biji kerisik Kelapa
1 senduk Ketumbar, Jintan manis, jintan putih
11 ulas bawang merah ,  3 ulas bawang putih, 15 tangkai cili kering
3 cm Halia, 3cm kunyit hidup, 1 cm lengkuas
Asam keping
Garam secukup rasa

Bahan C- Ulaman
3 batang timun
1 mangkuk Taugeh
3 biji Bawang besar
9 pokok Daun kesum
19 helai Daun selasih
Kacang panjang
Bunga kantan
20 biji limau kasturi

Bahan D- Garam lada
5 biji Cili merah
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1.       Bahan A direbus sehingga lembut  dan  ditoskan.
2.       Bahan B: Rebus Ikan, udang dan ketam diambil isi dan dikisar halus
3.       Kisar halus Cili kering, bawang-bawang, kunyit, halia lengkuas ketumbar dan jintan
4.       Pijarkan minyak, tumis bahan yang dikisar halus dengan api perlahan sehingga betul-betul masak dan bangkit aroma
5.       Masukkan kisaran sea food, kerisik dan santan kemancar,masukkan garam secukup rasa bila mendidih masukkan asam keping dan santan pekat, masak sehingga menggelegak, rasa semula asam garamnya
6.       Bahan C: Bersihkan daun ulaman, diracik halus, taugeh dibuang ekor, timun dibuang bahagian empulur dikuliti secara membujur dan diracik halus, kacang panjang dipotong halus
7.       Bahan D:  Tumbuk cili merah, diletakkan garam (letak belacan jika suka)
8.       Potong limau kasturi kepada 2 bahagian buang biji
9.       Masukkan spageti dalam mangkuk, letakkan Bahan C, curahkan kuah, letakkan garam lada dan sepotong limau kasturi, siap untuk dimakan.

0 comments:

Post a Comment

Leave a comment please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like