>

sejambakselasih mengucapkan selamat datang

07 November, 2011

SAMBAL HIRIS POWER


Salam hormat. Ingin saya berkongsi dengan handai taulan resepi keturunan orang Johor yang best.  Kalau dah tak tau apa nak dimasak, selera dah hampir mati, hidupkan semula tunas rasa dengan resepi tradisional yang diperturunkan oleh Nyaie Sa'diah ni. selamat mencuba.. Best dimakan dengan nasi panas.

Bahan-bahan
21 biji cili merah, 7 tangkai cili kering
3 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih
5 keping tahu
5 keping tempe
½ biji kelapa, jadikan santan pekat
1 paket Sohun
1 paket kulit tahu
½ kg Udang kertas, 7 keping pedal, 7 keping hati
1 sudu asam jawa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan
1.   Sohun kulit tahu direndam
2.   Tempe, tahu digoreng tanpa garam kunyit, dipotong nipis
3.   Hiris kesemua bawang besar, bawang putih, cili merah
4.   Cili kering digunting halus
5.   Pedal dan hati digoreng dan dihiris halus
6.   Pijarkan minyak goreng bawang-bawang, cili hingga layu
7.   Masukkan udang dan kesemua bahang hirisan
8.   Masukkan asam jawa yang teah dibancuh dengan santan pekat
9.   Masukkan garam secukup rasa, masukkan sohun dan kulit tahu, masak sehingga mesra.

0 comments:

Post a Comment

Leave a comment please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengisian jiwa...

Listen to Quran

faceblog

twinkle stars

Like