Allahyarhamah Nyaie seorang yang tidak banyak cakap, tapi amat membantu bila saya sering mengekori beliau kemana-mana dan bertanya soalan itu ini. Seperkara yang selalu saya lakukan waktu kecil dulu ialah suka melihat beliau bila memasak. Ingin saya abadikan kenangan itu dengan membuat beberapa post tentang resepi beliau. Antaranya ialah Pegedil. Pegedil ini boleh dimakan dengan nasi atau soto. POWER!
Bahan:
Kentang, pedal, hati, perut ayam, lada sulah, daun sup, bawang goreng, garam secukup rasa
Telor ayam, minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
1. Kopek kentang bersihkan, potong wedges dan digoreng kemudian ditumbuk halus
2. Bahan rencah digoreng empuk dan diracik halus
3. Campur gaul semua, rasa garam dibentuk bulat-bulat pipih, celop telur dadar, dan digoreng
0 comments:
Post a Comment
Leave a comment please....